Memaparkan catatan dengan label movie reviews. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label movie reviews. Papar semua catatan

Selasa, 5 Julai 2011

Filem Superhero Marvel-Captain America: The First Avenger

tak sabar nak tengok. tadi buka youtube tengok trailer.
macam best je movie  captain america: the first Avenger ni.
CLICK HERE!
cerita Captain America ni berkisarkan tentang Steve Rogers yang kurus dan tidak layak dari segi fizikal untuk menyertai tentera U.S. Steve Roger ni pun menyertai projek Rebirth (operasi rahsia tentera U.S.) sebagai bahan eksperimen secara sukarela. maka lahirlah Captain America yang tough dan gagah hasil daripada eksperimen itu untuk melawan Red Skull yang jahat.

jom tengok trailer dia.

Tarikh tayangan ialah 22 julai 2011. tayangan kat Malaysia tak tahu la. mungkin sama kot.




sebelum jadi captain america

red skull






Jumaat, 27 Mei 2011

Review : Limitless


Sinopsis :
Edward "Eddie" Morra (Bradley Cooper) ialah seorang penulis yang telah berpisah dengan teman wanita nya. Dia yang tinggal di New York gagal menyiap kan buku yang sepatut nya dihantar pada masa yang di tetapkan. Eddie terjumpa dengan adik bekas isteri nya, Vernon Gant (Johnny Whitworth) yang telah memberikan dadah nootropic, NZT-48 untuk dicuba.
Eddie mencuba NZT-48 yang diberikan oleh Vermon apabila pulang ke rumah. NZT-48 telah membolehkan Eddie menggunakan 100% fungsi otak dan membolehkan dia menyiapkan bukunya dalam 1 malam sahaja. Eddie seperti mempunyai kuasa luar biasa setelah menggunakan NZT-48. Bagaimana pun kesan NZT-48 hanya bertahan 1 hari sahaja.
Eddie pergi berjumpa dengan Vernon untuk memdapatkan lagi NZT-48 tetapi Vernon telah dibunuh. Eddie terjumpa 1 bungkusan yang mengandungi NZT-48 di rumah Vernon. Apa Eddie akan buat dengan NZT-48? Adakah NZT-48 tiada kesan sampingan?






Pelakon :
Bradley Cooper as Edward (Eddie) Morra
Robert De Niro as Carl Van Loon
Abbie Cornish as Lindy
Anna Friel as Melissa Gant
Johnny Whitworth as Vernon Gant
IMDb rating :  7.3/10

#dadah nootropic ialah dadah yang merangsang memori, merangsang otak dan juga dikenali sebagai smart drugs. Serius best cite ni. kalau aku dapat dadah tu memang aku makan la tiap-tiap hari.

Selasa, 24 Mei 2011

Review : Just Go With It


Genre : Komedi, Cinta

Sinopsis : 
Danny Maccabee (Adam Sandler) ialah seorang plastic surgeon di Los Angeles. 20 tahun dahulu Danny di kecewakan pada hari dia sepatutnya berkahwin. Sejak hari itu Danny berpura-pura sudah berkahwin untuk mendapatkan wanita-wanita dengan menggunakan cerita sedih dan cincin perkahwinan. Orang yang mengetahui sikap danny ialah pembantu danny iaitu Katherine Murphy (Jennifer Aniston), seorang ibu tunggal beranak dua. 
Danny berkenalan dengan Palmer (Brooklyn Decker) dan mereka menjalinkan hubungan sehingga lah Palmer ternampak cincin Danny. Palmer mengatakan dia tidak mahu suami orang dan mahu memutuskan hubungan dengan Danny. Danny menipu dengan mengatakan dia telah berkahwin tetapi perkahwinan nya bermasalah dan sudah mahu berpisah dengan isteri nya. Palmer mahu berjumpa dengan isteri Danny untuk mendapatkan kepastian. Danny mengupah Katherine supaya menyamar sebagai isteri nya. Bermula lah penipuan yang dilakukan oleh Danny dan Katherine dan juga disertai oleh anak-anak Katherine.






Pelakon : 
Adam Sandler, Jennifer Aniston, Nicole Kidman, Brooklyn Decker, Dave Matthews

IMDb Rating : 6.3/10

#kelakar dan mengiburkan tetapi sangat tipikal dari Adam Sandler. aku tak mampu nak pegi tengok wayang cite kongsi, nur kasih, seru dll, so aku review movie download je la. kalau nak download cari kat urgrove.com.

Khamis, 21 April 2011

Source code (2011)

18/04/2011- Pergi ke Jitra Mall untuk menonton wayang. Sudah agak lame tidak menonton wayang. Sedikit review untuk movie ni. Secara peribadi, movie ni memang best!!!

menceritakan tentang Captian Colter Stevens, juruterbang helicopter bagi tentera udara U.S. yang diberi misi mengesan pengebom dalam sebuah keretapi. yang best nye keretapi ini sudah pun meletup. Colter Stevens mempunyai 8 minit untuk masuk ke dalam badan seseorang yang telah terkorban dalam kemalangan itu melalui program source code. bagaimana pun dia tidak dapat mengubah masa lepas dan menyelamat kan penumpang kerana sumua nya adalah memori. setelah 8 minit dia terpisah dari memori tersebut dan mendapati dia berada ruang tertutup seperti baru terhempas.







tak kan nak cerita sampai habis pulak kan. bagi suprise la. ending best, jangan risau. hehe...

Dibintangi oleh Jake Gyllenhaal, Michelle Monaghan dan Vera Farmiga, movie ini mendapat rating yang tinggi dari rotten tomatoes iaitu 90%. Internet Movie database juga menberikan  rating yang tinggi iaitu 7.9/10...
kalau rating peribadi aku 4.2/5. hehe....

Ahad, 13 Mac 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

aku dan rakan yang lain tiba di alor star mall pukul 620 petang...
memang nasib kiteorang la....
cite hikayat merong mahawangsa stat pukul 630...
sampai-sampai je terus beli tiket....
secara kasar nye aku terhibur jugak la dengan filem ni...
CGI yang menarik...
lakonan Stephen Rahman-Hughes yang best...die cakap melayu pun best...nampak la macam orang dulu2...
scene pertarungan pon best....

tapi ade jugak la part yang tak best...
tapi aku malas la nak cite...
lain orang lain pendapat nye...
erkkk...lagi satu...boleh ke bakar gune cermin?hehe....
memang ade rekaan cermin tu...
tapi dah ade orang test bende tu tak boleh menyebabkan kebakaran...

tapi pujian harus diberikan...
memang cite ni lain dari filem yang lain...
ade originality nye...
lagi pun aku dah bosan tengok filem komedi dan hantu malaysia...

Ahad, 8 Ogos 2010

Mantra



Dah lame tengok cite ni...tapi baru nak post...
busy dengan kerja lain.
bagi saye movie ni tak de la best sangat dan tak de la bosan sangat...ok la gak...
hari tu pegi Jitra Mall, movie ni la yang paling hampir dengan waktu kiteorang sampai...
sampai Jitra pun dah petang, so decide untuk tengok cite ni...

cite ni berkenaan sorang laki yang ingin membalas dendam dengan menggunakan ilmu hitam kerana telah difitnah dan isteri nye telah dirampas.
orang yang merampas bini die pengamal ilmu hitam gak.
so bini dan anak die jadi mangse...
dalam cite ni ade scene bogel...boleh pulak berbogel erk...
dengan scene Penjara Pudu yang telah dirobohkan tu.(suke scene dalam penjara,nampak klasik)
dengar2 mantera yang digunakan dalam cite ni mantera yang betul untuk memanggil syaitan...
tak tau la btul ke tak...
Movie ni movie 1st tengok wayang dengan gondi..huhu sejarah ni....
seat row A...duk depan skali...huhu...laku gak cite melayu ni

Moral : jangan berdendam. Orang beriman itu bersaudara.
Rating sendiri bagi : 6.3/10

Ahad, 6 Jun 2010

Movie reviews : The book of Eli


Synopsis :
Mengisahkan keadaan bumi pade ketika itu yg tidak ade undang-undang dan hampir musnah disebabkan kejadian kiamat. Tak ramai yang hidup pade ketika itu dan nak dpt makan dgn air pun susah. Ade la sorang mamat ni yang bername Eli yang mengembara untuk membawa King James version of bible ke tempat yang selamat. Time tu cume die sorang je yang ade bible. Nak di jadikan cite En. Eli ni pun smpai ke sebuah pekan. Tuan punye pekan tu nak la bible En Eli tu sb die kate nak sebar kan. Time tu tak ramai orang bleh bace(tuan punye pekan dgn En. Eli ni je yg bleh bace).
Disebabkan En Eli ni rase die patut bawa bible tu ke tempat lain die pun tak bagi la kat tuan punye pekan tu. Maka terjadi la babak tembak-tembak yg dimenangi oleh En. Eli yg terer berlawan dan menembak.
Tuan pekan yang bername Carnegie ni tak puas ati la dan mengarah kan orang-orang die mencari Eli. Dapat ke Carnegie mencari Eli dan bible tu?jeng2...tengok la sendiri...


Best : babak lawan yang menarik dan juge ending
Tak Best :
ntah la...rase mcm ok je sume

rating : 8/10

Ahad, 2 Mei 2010

My Name is Khan




Baru-baru ini, penulis telah menonton cite My name is Khan.
Cite ini berkenaan dgn seorang lelaki muslim yang bernama rizwan khan ingin berjumpa dgn president amerika untuk memberitahu die seorang muslim dan bukan nya pengganas. Org Islam di Amerika telah menerima layanan buruk disebab kan peristiwa 9/11.

Sewaktu kecil, ibu rizwan mengajar rizwan supaya tidak perjudis terhadap org yg berlainan agama.
Ibu nya telah melukis kan org yg memegang kayu memukul org lain dan seorang lagi memegang lolipop dah memberikan kpda org lain. Selepas itu ibu nya bertanya kpda rizwan "yang mana kah org muslim dan yg mana kah hindu?". Rizwan menjawab "kedua-dua nya kelihatan sama". Ibu Rizwan mengatakan apa yg membezakan seseorg adalah perlakuan baik dan jht.


Moral dari cite ini ialah kita x sepatut nya memusuhi seseorg disebab kan perbezaan agama. Apa tah lagi jika dengan saudara sesame muslim. Perpaduan amat lah penting dlm kehidupan kita sebagai seorang muslim dan Allah mencela pepecahan.

"berpegang teguhlah dengan tali Allah bersama-sama, dan jangan lah berpecah belah"(ali-Imran : 103)


Tetapi malang nya dlm filem ini rizwan telah berkahwin dgn seorg yg beragama hindu. Sepatut nya seorg muslim tidak boleh berkahwin dgn orang yang berlainan agama.Mungkin ini akan memberi tanggapan kepada agama lain yang Islam membenarkan perkahwinan berlainan agama.
ape2 pun ambilah kebaikan dan elakan ape2 yang x elok~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut