Selasa, 24 Mei 2011

Review : Just Go With It


Genre : Komedi, Cinta

Sinopsis : 
Danny Maccabee (Adam Sandler) ialah seorang plastic surgeon di Los Angeles. 20 tahun dahulu Danny di kecewakan pada hari dia sepatutnya berkahwin. Sejak hari itu Danny berpura-pura sudah berkahwin untuk mendapatkan wanita-wanita dengan menggunakan cerita sedih dan cincin perkahwinan. Orang yang mengetahui sikap danny ialah pembantu danny iaitu Katherine Murphy (Jennifer Aniston), seorang ibu tunggal beranak dua. 
Danny berkenalan dengan Palmer (Brooklyn Decker) dan mereka menjalinkan hubungan sehingga lah Palmer ternampak cincin Danny. Palmer mengatakan dia tidak mahu suami orang dan mahu memutuskan hubungan dengan Danny. Danny menipu dengan mengatakan dia telah berkahwin tetapi perkahwinan nya bermasalah dan sudah mahu berpisah dengan isteri nya. Palmer mahu berjumpa dengan isteri Danny untuk mendapatkan kepastian. Danny mengupah Katherine supaya menyamar sebagai isteri nya. Bermula lah penipuan yang dilakukan oleh Danny dan Katherine dan juga disertai oleh anak-anak Katherine.






Pelakon : 
Adam Sandler, Jennifer Aniston, Nicole Kidman, Brooklyn Decker, Dave Matthews

IMDb Rating : 6.3/10

#kelakar dan mengiburkan tetapi sangat tipikal dari Adam Sandler. aku tak mampu nak pegi tengok wayang cite kongsi, nur kasih, seru dll, so aku review movie download je la. kalau nak download cari kat urgrove.com.

6 ulasan:

  1. hurm rasa cm boley thn ja citer nie :P

    BalasPadam
  2. Cerita Adam Sandler semua kelakar. So apa pengajaran dalam cerita ni Cik Speechless?

    Terkini: IKEA Meatballs Halal

    BalasPadam
  3. @Adam Roslan errr...pengajaran ape ek...mungkin cinta tu tak mengira paras rupe kot

    BalasPadam
  4. cinta komedi eh...suka cite seram lagi :)

    BalasPadam
  5. @cik ayin ooo...suke cite seram. cite melayu yang bnyak genre seram

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut