Selasa, 15 Februari 2011

Panduan memilih hamster

setelah beberapa lame membela hamster, sekarang aku nak share sikit pasal membela hamster ni...
bagi yang baru nak start membela...pilih jenis hamster yang sesuai untuk anda!!!

ade 3 jenis hamster yang common kat malaysia ni...

1)syrian
2)roborovski atau nickname nye robo
sebelum ni aku ade post pasal robo ni
Roborovski hamster  Hamster baru!!!
3) winter white

syrian
hamster jenis ni paling banyak orang bela kot. saiz agak besar berbanding hamster lain. jinak dan tak gigit.
kadang-kadang kat kedai die tulis golden hamster. ade jenis ni yang muka macam teddy bear dan comel.
hamster ni sesuai di bela oleh sesiapa sahaja.
gambar dari member aku nye fb. credit to nur syazwana.














roborovski
ni jenis yang aku bela...hamster ni termasuk dalam golongan drawf hamster,maksud nya bersaiz kecil. hamster ni paling kecil. hamster ni paling susah dijinak kan. kalau tak jinak maksud nye die tak suka di pegang dan akan lari bile kita sua kan tangan. tidak sesuai untuk budak kecik (yela...sebab dieorang suke pegang dan main hamster kan). tapi bagi aku jenis ni paling comel la



winter white
hamster ni drawf hamster gak. biasa nya kat pet store ada berbagai jenis kaler (blue saphire,pearl, gold).
blue saphire ni kaler kelabu biru-biru sikit, pearl plak putih and gold putih kuning.
winter white ni ade 3 belang dibadan dan ia biasanya jinak. ada juga yang garang dan akan menggigit bila dipegang, tapi jangan risau jenis ni mudah dijinak kan.
walaupun berbeza kaler tapi anda boleh membela hamster ini dalam satu sangkar kerana ia nya sama spesis.

pilih hamster anda wisely dan buat kajian dulu sebelum membela hamster. kalau tidak anda akan menyeksa haiwan yang comel ini. =)



tips memilih hamster di pet store:-
1) pilih hamster yang mempunyai mata yang bersinar.mata yang kuyu mungkin tanda tidak sihat.

2) pilih hamster yang nampak aktif. kadang-kadang kat pet store hamster ni tido je keje nye. cuba sentuh untuk lihat hamster ni aktif atau tak. aktif ialah salah satu tanda hamster ni sihat.

3) telinga yang bersih. telinga yang koyak mungkin tanda hamster ni bergaduh.

4) berbulu tebal dan bersih. ni pun salah satu tanda hamster ni sihat.

5) perhatikan kesan-kesan luka. kalau hamster ni injured ia memerlukan perhatian yang lebih atau mungkin akan mati dalam masa yang terdekat. 

6) beli hamster kat kedai yang asing kan hamster mengikut spesis. hamster lain spesis memang tak boleh duk skali. ade pet store yang campur je skali, so hati-hati. biasanya hamster ni dah ade kesan luka.

aku penah bela hamster yang dari awal lagi tak aktif, mata kuyu. sekarang dah mati. kesian betul. mungkin hamster tu sakit.

sampai sini sahaja tips hamster pade kali ini. nanti aku sambung. jumpe lagi!!!




8 ulasan:

  1. ramai betul blogger suka wat entri hamsters...

    nice post

    BalasPadam
  2. ramai ke?
    boleh saye tau blog ape?

    BalasPadam
  3. best kan bela hamster... time buhsan.. bleh la kaco2 hamster...

    BalasPadam
  4. dulu hac siap buat bisnes..laku tau!
    hehehe..sekarang ni dah tak buat lagi dah..sekarang bela kucing plak..

    BalasPadam
  5. @Arya Putra owh...hebat nye...siap boleh bisnes

    BalasPadam
  6. salam bro kalu yg syrian blh ddkkan sekali x??

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau same jenis/spesis biasa nya boleh.ikut nasib jugak la.
      kalau nak duduk kan sekali kena sentiasa perhatikan takut gaduh.
      kalau gaduh die akan gaduh sampai seko mati

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut