Memaparkan catatan dengan label hamster. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hamster. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Jun 2012

[VIDEO] Hamster Roborovski di atas laptop

hye,
ni aku saje rakam sebab boring,
letak lah hamster roborovski ni atas laptop,
gemuk kan?


die ni tak de nama sebab hamster banyak sangat, tak de masa nak namakan
harap sapa yang baca blog ni boleh enjoy dengan video gelagat hamster aku,
=)
bye


Rabu, 14 Mac 2012

kenapa hamster bergaduh?

Hamster korang penah bergaduh tak?
selalu nya hamster akan bermain sesama sendiri yang kelihatan seperti bergaduh. kalau keadaan ini terjadi tak perlu risau. ini adalah kebiasaan buat si hamster.

yang perlu dirisaukan apabila kelihatan hamster berdarah dan luka (selalunya di muka atau di kaki). kalau ternampak hamster dah berdarah perlu segera asingkan. baru tadi hamster aku bergaduh, yang berdarah tu hamster pertama yang aku bela. dah dekat 2 tahun umur dia, kira hamster veteran la. nak tak nak terpaksa asingkan dari yang lain.
hamster sekeluarga
apa sebab hamster ni bergaduh?

Jumaat, 8 Julai 2011

Tips memilih tempat tinggal (housing) untuk hamster-Part 2

sebelum ni saya dah tulis tentang tempat tinggal/housing hamster untuk jenis aquarium kaca dan plastik. kalau tak baca lagi boleh click sini.

kali ni saya nak cerita pasal tempat tinggal/housing jenis sangkar. sangkar hamster ni paling mudah didapati di kedai-kedai haiwan peliharaan. mesti ramai yang guna sangkar hamster ni kan tak kira lah bela hamster jenis apa pun.
CLICK SINI
setiap jenis housing ada kelemahan dan kelebihan. jom kita tengok kekurangan dan kelebihan sangkar hamster.

Jenis sangkar hamster
kelebihan (+ve)
  • pengudaraan yang lebih baik
  • lebih murah. di kedai haiwan peliharaan sangkar hamster akan dijual 1set lengkap. sangkar biasa yang mempunyai aksesori asas adalah murah
  • hamster lebih banyak pilihan untuk bermain. biasanya sangkar hamster dijual mempunyai rumah, tangga ataupun tiub. paling tidak pun hamster akan bermain dengan memanjat disekeliling sangkar.
  • lebih ringan. mudah dipindahkan. 
  • kelihatan lebih kemas berbanding bekas aquarium kaca/plastik.
  • lebih mudah memasang aksesori seperti roda, botol air, rumah.
kekurangan (-ve)
  • hamster suka mengigit sangkar. lama kelamaan sangkar kan menjadi karat.
  • anak hamster mungkin boleh melepaskan diri melalui ruang-ruang sangkar. terutamanya anak hamster roborovski kerana hamster jenis ini bersaiz kecil.
  • bedding mudah terkeluar dan berterabur.
  • sesetengah harga sangkar hamster adalah mahal. terutamanya yang separuh plastik separuh sangkar. biasanya sangkar ini mempunyai tiub-tiub yang menarik. ada juga bertingkat-tingkat.
  • aksesori cepat kotor dan perlu dicuci selalu. ini kerana hamster gemar membuang najis di aksesori seperti roda hamster, tangga, rumah dan tiub. tidak memcuci aksesori akan menyebabkan hamster anda menjadi kotor.
  • lebih sukar untuk mengambil gambar hamster kerana pintu sangkar adalah kecil. jika anda ingin mengambil gambar hamster anda tidur, anda mungkin akan terbangunkan hamster anda ketika membuka pintu.
  • lebih sukar memberi makan dengan tangan (hand feeding) kepada hamster anda.
nak tengok gambar sangkar hamster saya?
sangkar hamster
sangkar hamster

sangkar hamster yang mahal. bertingkat dan mempunyai tiub
gambar hamster comel =)

ini adalah pendapat saya sahaja. jika anda mempunyai pendapat tentang sangkar hamster bolehlah dikongsi bersama =) 

Sabtu, 2 Julai 2011

Auntie, saya nak beli kuaci hamster

semalam dalam perjalanan ke hospital melawat emak, aku singgah di kedai pet.
kuaci makanan hamster dah habis. jadi nak beli la.

on the way to ada la sebuah kedai  chinese ni.
ye la, mane ade orang melayu buka kedai pet kan. ade ke?tak penah jumpe la
aku pun pergi la ke kedai tu tapi tak masuk. cume berdiri depan pintu.

dalam kedai ade la 3 ekor anjing yang bebas merayau-rayau dalam kedai dengan hepi nye.
auntie kedai pet tu tengah usap-usap seekor anjing ni.
aku pun cakap la kat auntie tu nak beli kuaci hamster.

auntie tu mencari-cari kuaci di rak-rak kedai.
nampak gaye macam tak de je kuaci kat kedai tu.
"yang campor-campor punye tak nak ke?" kata auntie tersebut.
lantas aku pun mereply "tak nak, nak kuaci je"

auntie tu pun mencari-cari kuaci di kawasan belakang kedai.
aku pun tak nampak kelibat auntie tu sebab terlidung dengan rak-rak.
sebaik je auntie tu pergi, datang seekor anjing menyalak-yalak kat aku.

kat pintu tu ade pagar kecil.
tak tau apa fungsi nye, sebab anjing tu boleh je lalu.
mule-mule aku rilek je menunggu auntie sambil diyalak oleh seekor anjing.

tunggu punye tunggu auntie tu tak keluar-keluar.
walhal baru 5 minit. sekejap la 5 minit pade mate orang lain.
pada aku yang ade anjing depan mate ni terase seperti lebih 5 minit. hahaha....ayat tipikal
kerilekan aku mula hilang sedikit demi sedikit.

sesekali anjing tu keluarkan kepala dari pintu.
kalau anjing ni gigit memang aku jerit la mintak tolong. hahaha...
lepas tu auntie tu pun datang. tapi kuaci tak de.
die cakap ada kuaci hamster tu. tapi tak jumpe.
aku cakap tak pe lah auntie.sebab dah tak tahan dengan anjing tu
lalu beredar dari situ

#aku beredar dengan tenang. tanpa menoleh ke belakang lagi kerana aku tahu anjing tu tak berani gigit aku.sila terbalikan maksud ayat ini

Khamis, 30 Jun 2011

Tips memilih tempat tinggal untuk hamster-Part 1

tahu kah anda tempat tinggal untuk hamster ada pelbagai jenis?
ada jenis sangkar, aquarium kaca dan aquarium plastik.
saya sendiri menggunakan dua jenis iaitu sangkar dan aquarium kaca untuk 5 ekor roborovski saya.

jadi tempat tinggal yang mana yang patut anda pilih untuk hamster anda?
yang manakah yang terbaik?

Jenis Aquarium kaca
kelebihan (+ve) :
    hamster dibela dalam aquarium
  • senang memerhatikan hamster kerana jernih. lebih mudah untuk tangkap gambar hamster.
  • lebih kebebasan untuk menghias/menyusun tempat tinggal untuk hamster.
  • bedding/serbuk kayu tidak akan tumpah merata-rata.
  • senang masukan tangan kedalam tempat tinggal hamster. lebih mudah untuk membersihkan, menambah makanan atau bermain dengan hamster anda
  • mudah untuk dibersihkan dan dicuci
kelemahan (-ve) :
  • tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya berat dan sukar untuk dialihkan
  • berisiko pecah jika jatuh
  • pengudaraan yang kurang baik
  • kos lebih tinggi dari sangkar. peralatan harus dibeli berasingan. peralatan yang sesuai juga sukar dijumpai di kedai  haiwan peliharan di Malaysia kerana lebih ramai yang gunakan sangkar.
CLICK HERE
Aquarium/bekas plastik
kelebihan (+ve) :
ini bekas yang kecil. saya hanya gunakan untuk sementara sahaja
  • mempunyai kelebihan yang sama seperti aquarium kaca kecuali bekas plastik kurang jernih berbanding bekas kaca.
  • lebih ringan dari aquarium kaca dan tidak pecah jika jatuh. lebih mudah dipindahkan
Kekurangan (-ve) :
  • pengudaraan yang kurang baik
  • kurang sesuai untuk menangkap gambar hamster. bekas plastik mungkin akan calar ketika bekas dibasuh; menyebabkan gambar tidak jelas.
#sampai sini sahaja. nanti saya tulis mengenai sangkar pula. stay tuned. hehe...

Isnin, 13 Jun 2011

kenapa hamster roborovski gigit?


sebelum ni aku ade cerita pasal hamster roborovski. sekarang aku dah ade 6 ekor robrovski. kalau tak tau pasal roborovski ni boleh tengok kat SINI.

hamster spesis roborovski ni paling pemalu.sangat berbeza dengan hamster lain. kalau kita hulurkan tangan, dia akan lari. menjinakan roborovski perlu kan kesabaran yang tinggi.

cara paling asas dalam menjinakan hamster roborovski adalah dengan memasukan tangan dalam sangkar/tempat simpanan. ini sangat penting untuk membiasakan hamster roborovski dengan bau tangan kita dan perlu di lakukan setiap hari. tapi JANGAN gerak kan tangan anda secara mengejut. tangan perlu digerakan dengan perlahan-lahan supaya hamster roborovski tidak terkejut dan takut.

berbalik kepada tajuk asal. hamster roborovski ni akan mengigit kerana dia berasa takut atau pun tidak selesa. tetapi terdapat juga sebab lain. sebab ini berkait dengan cara menjinakan yang aku terangkan tadi. hamster roborovski mungkin akan mengigit setelah mencium bau tangan kita. ini bukan lah disebab kan dia takut atau marah, tetapi sebab dia sudah mempercayai kita. jangan risau dia tak kan gigit sampai luka. sepanjang aku membela hamster roborovski tak pernah pun dia gigit hingga mencederakan.

jika hamster roborovski mengigit tangan anda, JANGAN tarik secara mengejut sebalik nya perlahan-lahan keluarkan tangan anda.
pegang hamster begini terlalu lama boleh menyebabkan ia mengigit anda
nak tengok gambar hamster aku yang comel? click SINI, SINI pun sama

#ini hanyalah untuk hamster roborovski. lain hamster lain ragamnya.

Jumaat, 10 Jun 2011

Hamster Winter White dah mati

Sedih betul.
hamster yang dibela oleh gondi dah mati.
ini semua nya diceritakan kepada aku oleh gondi.

seminggu yang lepas gondi pergi pulau pangkor untuk bercuti bersama family tercinta.
hamster yang dibela oleh gondi tinggal la dirumah.
hamster spesis winter white ni ada 2 ekor.
satu hamster jantan dan satu hamster betina.
balik je dari bercuti gondi tengok hamster dalam sangkar ada seekor je.
rupa-rupa nya lagi seekor hamster dah ditimbus dengan serbuk kayu.
hamster betina ni macam buat kubur la untuk hamster jantan tu.
tak tau sebab apa mati.
gondi cakap dia macam sakit sebelum pergi bercuti.
mungkin la hamster ni sakit sebab tak de tanda-tanda luka pun.


aku pernah bela hamster gondi ni. so sempat la tangkap gambar.
time beli hamster ni kecik lagi.
tak sangka hamster ni mati. tak sempat pun hamster winter white ni bertukar jadi putih.

gondi bela 2 ekor winter white. jantan seekor dan betina seekor.
yang betina tu yang selalu dimanjakan sampai die jadi gemuk.
sebelum ni hamster jantan dan betina terpaksa diasingkan sebab yang betina tu gigit jantan.
gigit sampai nak mati pulak tu.
tapi tak tau nape sebelum dia mati tu dieorang boleh duduk sekali.
baik pulak yang betina tu. siap boleh buat kubur.

aku rindu kat yang jantan. sebab dia baik..tak gigit =(

Isnin, 30 Mei 2011

Homemade Hamster Toy

beberapa hari yang lepas aku terpikir nak buat homemade hamster toy ni. Memandangkan ade kotak yang nak dibuang. aku pun try la pikir nak buat ape dari kotak ni.

ini le hasil nye. senang je nak buat. gunting je kotak dan tape kan.
yang seronok nye tengok die main, lari dan naik guna tangge. Roborovski ni jenis hamster yang aktif jadi memang seronok la tengok. comel je die lari-lari.
buat toy gune kotak ni memang senang tapi kotak ni mudah rosak. kalau dah busuk kena la buang dan tak boleh basuh. roborovski juga akan gigit kotak ni dan kotak ni akan rosak. semua jenis hamster memang mempunyai tabiat mengigit untuk menguatkan gigi termasuk la spesis roborovski ni.
ni lagi satu homemade toy yang agak feymes di kalangan pembela hamster. senang je. tak payah buat pape. ambik je tissue roll ni dan letak kan dalam sangkar/tempat simpanan hamster. hamster memang suke bende ni.

di lain hari kalau aku rajin dah berduit lebih teringin la nak buat homemade toy ni dari kayu ke...yang semat sikit la

Sabtu, 21 Mei 2011

[Video] Hamster Roborovski sand bath

mempersembahkan...video hamster roborovski sand bath...
atau pun dalam bahase melayu nye hamster mandi pasir...
macam mane die mandi?tengok dalam video...
selalu nye aku letak gambar je...kali ni upgrade sikit...


roborovski ni berasal dari kawasan gurun....
memang tempat tinggal yang sebenar nye berpasir
kalau nak tengok habitat asal roborovski ni...CLICK KAT SINI
comel kan hamster roborovski?
kalau ade aksi-aksi menarik hamster ni yang berjaya di rakam aku akan upload lagi

Sabtu, 7 Mei 2011

Gambar hamster tidur yang comel

lama tak update...sebelum ni tak ada internet dekat 4 hari jugak la...
2 hari lagi dah exam yang last..dah nak habis study kat Unimap ni...
hamster pun dah bawa balik...ni adalah antara gambar hamster aku yang sempat di tangkap time aku bela kat Unimap ni....gambar hamster tidur yang comel













ni la hamster yang teman aku time aku kat unimap ni...seronok betul =)...tapi semua akan tinggal kenangan...lepas ni bela kat rumah pulak....




Rabu, 16 Mac 2011

Baby Hamster.UPDATE!!!

sekarang anak hamster ni dah besar...dah boleh buka mate...
bulu pun dah lebat...tapi masih menyusu dengan mak die...
kalau nak tengok gambar sebelum ni boleh usha kat http://87fasha.blogspot.com/2011/03/baby-hamster.html
ni gambar yang baru di snap semalam...
anak hamster cube naik ke atas roda
                                  
anak hamster ni tak mampu lagi nak main roda

ibu hamster memerhatikan camera




comel nye =) ibu dan baby hamster

anak hamster berebut makanan
comel kan?...
kali ni tak de tips...hehe...
kalo nak tau pape boleh tanye....

Jumaat, 11 Mac 2011

Baby Hamster

minggu lepas lahir lah 2 ekor anak hamster aku...
hamster aku mengandung pun aku tak tau...
ape yang aku tau kalo hamster betina ni mengandung die akan gigit hamster jantan...
tapi hamster aku tak gigit pun...
sedar-sedar dah ade baby...
aku letak gambar untuk dikongsi bersame hehe....

susu kan anak =)
   

comel nye =)

nak kaco anak aku ke?



yang ni anak roborovski ni dah dekat seminggu...
gambar baru lahir tak de di sebabkan busy...tak sempat nak tangkap

Perkara penting apabila anak hamster lahir

1) asingkan hamster jantan. hamster jantan akan makan anak. mungkin dia rasa teranacam kot. 
tak perlu asingkan. cuma letakkan sangkar hamster di tempat yang sunyi dah gelap. hamster jantan akan jaga hamster betina semasa si betina membesarkan anak hamster.
2) jangan pegang anak hamster. Ibu hamster kemungkinan akan makan anak kalau dipegang. Tunggu hingga anak hamster berusia 14-16 hari, baru lah selamat untuk dipegang. 
3) ibu hamster akan makan banyak semasa membesarkan anak. Sediakan makanan yang secukup nya.
4) jika ibu hamster membuat sarang jangan sentuh atau rosak kan.
5) jangan basuh sangkar dalam masa 2-3 minggu.

Selasa, 15 Februari 2011

Panduan memilih hamster

setelah beberapa lame membela hamster, sekarang aku nak share sikit pasal membela hamster ni...
bagi yang baru nak start membela...pilih jenis hamster yang sesuai untuk anda!!!

ade 3 jenis hamster yang common kat malaysia ni...

1)syrian
2)roborovski atau nickname nye robo
sebelum ni aku ade post pasal robo ni
Roborovski hamster  Hamster baru!!!
3) winter white

syrian
hamster jenis ni paling banyak orang bela kot. saiz agak besar berbanding hamster lain. jinak dan tak gigit.
kadang-kadang kat kedai die tulis golden hamster. ade jenis ni yang muka macam teddy bear dan comel.
hamster ni sesuai di bela oleh sesiapa sahaja.
gambar dari member aku nye fb. credit to nur syazwana.














roborovski
ni jenis yang aku bela...hamster ni termasuk dalam golongan drawf hamster,maksud nya bersaiz kecil. hamster ni paling kecil. hamster ni paling susah dijinak kan. kalau tak jinak maksud nye die tak suka di pegang dan akan lari bile kita sua kan tangan. tidak sesuai untuk budak kecik (yela...sebab dieorang suke pegang dan main hamster kan). tapi bagi aku jenis ni paling comel la



winter white
hamster ni drawf hamster gak. biasa nya kat pet store ada berbagai jenis kaler (blue saphire,pearl, gold).
blue saphire ni kaler kelabu biru-biru sikit, pearl plak putih and gold putih kuning.
winter white ni ade 3 belang dibadan dan ia biasanya jinak. ada juga yang garang dan akan menggigit bila dipegang, tapi jangan risau jenis ni mudah dijinak kan.
walaupun berbeza kaler tapi anda boleh membela hamster ini dalam satu sangkar kerana ia nya sama spesis.

pilih hamster anda wisely dan buat kajian dulu sebelum membela hamster. kalau tidak anda akan menyeksa haiwan yang comel ini. =)



tips memilih hamster di pet store:-
1) pilih hamster yang mempunyai mata yang bersinar.mata yang kuyu mungkin tanda tidak sihat.

2) pilih hamster yang nampak aktif. kadang-kadang kat pet store hamster ni tido je keje nye. cuba sentuh untuk lihat hamster ni aktif atau tak. aktif ialah salah satu tanda hamster ni sihat.

3) telinga yang bersih. telinga yang koyak mungkin tanda hamster ni bergaduh.

4) berbulu tebal dan bersih. ni pun salah satu tanda hamster ni sihat.

5) perhatikan kesan-kesan luka. kalau hamster ni injured ia memerlukan perhatian yang lebih atau mungkin akan mati dalam masa yang terdekat. 

6) beli hamster kat kedai yang asing kan hamster mengikut spesis. hamster lain spesis memang tak boleh duk skali. ade pet store yang campur je skali, so hati-hati. biasanya hamster ni dah ade kesan luka.

aku penah bela hamster yang dari awal lagi tak aktif, mata kuyu. sekarang dah mati. kesian betul. mungkin hamster tu sakit.

sampai sini sahaja tips hamster pade kali ini. nanti aku sambung. jumpe lagi!!!




Sabtu, 5 Februari 2011

Hamster baru!!!

semalam aku baru beli hamster baru...

sekarang dah ade 3 ekor...

so aku decide untuk rename hamster ni,

setelah beberape jam memerah otak..,,cewahh

akhir nye aku decide untuk name kan ron,bobo dan bun...
bobo


Sabtu, 9 Oktober 2010

Roborovski hamster

2 minggu yang lepas penulis telah membeli 2 ekor hamster roborovski. Akhir nya dapat juga penulis membela hamster. Kalau kat rumah mak penulis tak suka kehadiran hamster ni. Sekarang ni boleh la bela, mak pun dah tau. Sekurang-kurang nya tak la sunyi sangat penulis duk dekat rumah yang cume ade 3 orang je penghuni. Terhibur juga dengan kehadiran dieorang.
Hamster penulis ni spesis Phodopus roborovskii atau nama pendek nya roborovski/robo. Hamster ni ialah hamster yang terpantas di dalam dunia dan juga sukar untuk dijinakkan. Hamster ni mungkin mengambil masa berminggu- minggu atau pun berbulan untuk dijinakkan. Maksud jinak ialah kita boleh memegang hamster di atas tapak tangan tanpa ia lari. Jangka hayat hamster ni boleh mencapai 3 tahun. Kalo nak tau lebih lanjut boleh tengok-tengok kat
Hamster ni diberi name rafeah dan sameon™. Terima kasih kepada kilah kerana memberi kan nama.Haha...
Bila la hamster aku nak jinak ni =(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut