Sabtu, 2 Julai 2011

Auntie, saya nak beli kuaci hamster

semalam dalam perjalanan ke hospital melawat emak, aku singgah di kedai pet.
kuaci makanan hamster dah habis. jadi nak beli la.

on the way to ada la sebuah kedai  chinese ni.
ye la, mane ade orang melayu buka kedai pet kan. ade ke?tak penah jumpe la
aku pun pergi la ke kedai tu tapi tak masuk. cume berdiri depan pintu.

dalam kedai ade la 3 ekor anjing yang bebas merayau-rayau dalam kedai dengan hepi nye.
auntie kedai pet tu tengah usap-usap seekor anjing ni.
aku pun cakap la kat auntie tu nak beli kuaci hamster.

auntie tu mencari-cari kuaci di rak-rak kedai.
nampak gaye macam tak de je kuaci kat kedai tu.
"yang campor-campor punye tak nak ke?" kata auntie tersebut.
lantas aku pun mereply "tak nak, nak kuaci je"

auntie tu pun mencari-cari kuaci di kawasan belakang kedai.
aku pun tak nampak kelibat auntie tu sebab terlidung dengan rak-rak.
sebaik je auntie tu pergi, datang seekor anjing menyalak-yalak kat aku.

kat pintu tu ade pagar kecil.
tak tau apa fungsi nye, sebab anjing tu boleh je lalu.
mule-mule aku rilek je menunggu auntie sambil diyalak oleh seekor anjing.

tunggu punye tunggu auntie tu tak keluar-keluar.
walhal baru 5 minit. sekejap la 5 minit pade mate orang lain.
pada aku yang ade anjing depan mate ni terase seperti lebih 5 minit. hahaha....ayat tipikal
kerilekan aku mula hilang sedikit demi sedikit.

sesekali anjing tu keluarkan kepala dari pintu.
kalau anjing ni gigit memang aku jerit la mintak tolong. hahaha...
lepas tu auntie tu pun datang. tapi kuaci tak de.
die cakap ada kuaci hamster tu. tapi tak jumpe.
aku cakap tak pe lah auntie.sebab dah tak tahan dengan anjing tu
lalu beredar dari situ

#aku beredar dengan tenang. tanpa menoleh ke belakang lagi kerana aku tahu anjing tu tak berani gigit aku.sila terbalikan maksud ayat ini

4 ulasan:

  1. kuaci tu mknn hamster ka? aiseh..aku sllu mkn tu..haha


    em..siot je anjing tu..i dont like!haha

    BalasPadam
  2. ada la kedai pet melayu.. maybe kamu tak penah jumpa kot. hamster kita kalau stock kuaci abis tak risau dia makan apa saja. sy suka bg makan mcm2.. buah, kuaci, bijirin, sayur.. kdg2 hubby biskut pun dia bg hamster makan. Tp hamster sy ni gemar sayur sawi & kobis

    BalasPadam
  3. @phycrewz aah...kuaci tu makanan hamster

    BalasPadam
  4. @THE LEKAT LEKIT STORYoh ada ke...saya tak pernah jumpa kedai pet melayu punye...hamster makan ape saja...memang senang la...sayur-sayuran memang bagus bagi hamster makan...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut