Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

Selasa, 11 Oktober 2011

Pembayaran pertama dari ptc00

dapat juga earning dari ptc00
memang tak banyak pun tapi ok la dari tak de kan...

korang tau ptc00 ni apa?
sebenar nya ptc00 ni website paid to click.
website yang akan bayar kita apabila kita click.
sekali click tak la banyak, selalu nya sekali click dapat $0.0005.
dalam sehari boleh la dapat lebih kurang $0.01 kalau click semua advertisement (tanpa referral).

sikit kan? memang la sebab kita cuma click je dan tunggu 10 saat.
bukan nya kene promote ke, jawap survey ke
lagi pun ptc00 ni bayar dalam USD
selain ptc00 ada juga website ptc25, ptc35, ptc50, ptc75, ptc95 dibawah syarikat yang sama iaitu unparallel.
kalau berminat boleh join dengan click banner kat bawah ni.











#oh ya, walau pun website ni tulis no minimum cashouts tapi sebenarnya ade minimum lebih kurang $0.05. aku di bayar pun lambat. dalam 4 hari baru dapat, tapi ok la sekurang-kurang nya di bayar jugak =)

Ahad, 21 Ogos 2011

Cara download dengan laju dari filehosting tanpa premium account

anda suka mendownload? sudah pasti anda tau apa itu filehosting jika anda gemar mendownload.movie, tv series, lagu dan sebagainya.

persoalannya bagaimana untuk sesuatu file dengan lengkap dan pantas dari filehosting?. Ya betul, download dari mediafire kerana mediafire tidak ada download timeout, speed limit dan juga boleh download beberapa file sekaligus.
Tapi bukan semua file yang kita mahu ada dihostkan di mediafire. masih banyak filehosting lain yang menjadi kegemaran uploader seperti fileserve, filesonic, megaupload, hotfile, wupload dan lain-lain.

mediafire memang banyak kelebihan bagi orang yang mendownload tetapi tidak kepada uploader. Mediafire tidak memberikan sebarang ganjaran apabila file kita didownload dan juga tidak meyediakan perkhidmatan upload menggunakan FTP.

jadi jika anda ingin download dari filehosting selain dari mediafire anda menpunyai beberapa cara untuk mendownload tanpa premium akaun.

Cara 1: Gunakan Online premium generator.
terdapat beberapa website yang menyediakan perkhidmatan ini (boleh cari kat google). anda perlu masukan link untuk download, masukan word verification dan kemudian generate direct link. direct link ini boleh didownload menggunakan download manager seperti IDM, orbitdownloader, flashget dan lain-lain.
cara ini terdapat kelemahan di mana terdapat file size limit bagi kebanyakan website yang menyediakan perkhidmatan ini.

Cara 2: Filehosting Cookies
Cookies boleh diguinakan untuk mendapatkan premium account. Anda mesti menggunakan Mozilla Firefox unutk menggunakan cara ini. Cookies editor addon perlu diinstall terlebih dahulu untuk menggunakan cookies. cookies juga boleh digunakan pada Internet download Manager (IDM)

Cara 3: Jdownloader
gunakan Jdownloader! Jdownloader berfungsi seperti download manager tetapi download speed anda tidaklah maximum seperti premium account. anda masih mempunyai waiting time dan perlu masukan perkataan untuk word verification. kelebihan Jdownloader ialah ianya memudahkan proses mendownload dan boleh resume download anda apabila timeout.

jika anda ada cara yang lain boleh share ye!

Selasa, 21 Jun 2011

Tips menghadapi exam time last minute


dah 3 hari nohoho tak update.
ini semua disebabkan study untuk exam.
tinggal 1 paper je lagi.

nak skor dalam exam?
kalau nak skor mesti la kena study awal kan.
kalau study last minute susah la.

Behind every successful man, they each have a journey to share. Find out their story.
sekarang nohoho nak share tips untuk study last minute.
hehe. jangan ikut. kalau ikut tanggung sendiri akibatnya.

tips 1
gunakan masa yang ada secara maksimum. jangan main blog, game, facebook, chatting dan sebagainya. jangan lepak lama-lama kat kedai makan. bungkus lagi bagus.

tips 2
tips kedua ialah dengan mengumpulkan tips-tips yang diberikan oleh lecture sebelum exam. hubungi rakan-rakan anda yang ada tips. gunakan masa yang tinggal untuk study tips dahulu, baru study yang lain.

tips 3
study soalan past year. soalan past year berkemungkinan besar akan keluar semula walaupun tak semua.

tips 4
banyak kan buat soalan daripada cuba faham kan teori. kalau banyak masa baru faham kan ye. skill menghafal anda sangat berguna saat-saat ini.

It's time to go to Hong Kong!
tips 5
bawa toyol. err...tips ni jangan guna ye. bawa apa yang telah anda study last minute dan baca sepintas lalu sebelum masuk exam. biar lah ingat apa yang dah study tu.

tips 6
doa dan tawakal je la. nak exam dah pun. sape suruh tak study awal.

#kalau ada tips lain boleh kongsi ye. nohoho pun pelik sebenarnya. time exam la semua game rasa best. terer pula tu main time exam. asyik menang je.

Jumaat, 27 Mei 2011

Record video dalam game dengan mengguna kan Fraps

Ingin merakam kehebatan anda bermain game dalam bentuk video?
Ingin membuat video dari game untuk menunjuk kan kepada orang lain?
guna kan fraps. mudah dan cepat.

cara-cara nya ialah pergi ke website fraps dan download software fraps.
selepas habis download install fraps dan run application. selepas itu open game yang anda mahu kan.
tekan f9 untuk start recording dan tekan f9  semula untuk stop recording.
selepas itu anda boleh open folder fraps dan video anda sudah boleh digunakan.
 



oh ya. kalau anda download dari website fraps tu bukan full version. kene beli lah kan. kalau tak boleh record 30 saat je. nak full version? cube try ni .
aku dah try untuk game DotA dengan PES2011. memang boleh guna. banyak game lain yang boleh rase nye

Isnin, 23 Mei 2011

Change terrain with DotA theme manager

Getting bored with same terrain while playing dota?
Use DotA theme manager to change the look of the terrain...

cewah...cakap english pulak...
sebenar nye aku nak try jugak wat post dalam english sekali...
tapi nanti dulu rrr...

Ape gune nye DotA theme manager ni?
nak tau?tengok gambar di bawah
city theme

hell theme

snow theme




Instructions :
1. download the .rar file
2. extract to your warcraft folder
3. make sure both your WC3 and your World Editor are closed. after that run the DTMV4.exe file
4. run your WC3 and enjoy!!!
#if you want to switch the theme, closed your Warcraft application first and the change the theme.
DOWNLOAD HERE!!!

Jumaat, 22 April 2011

Tips mengayat awek

Seorang jejaka yang tak berapa hensome ingin mengayat aweknya supaya dia dapat tidor dengannya.

Jejaka : Awak, saya ada satu teka teki....

Awek : Apa dia?

Jejaka : Apa benda, tiada kanan atau kiri, tiada atas tiada bawah, tiada tengah tiada tepi, tiada awal tiada akhir ?


Awek : Ish, tak tau lah, I give up.

Jejaka : Itulah cinta saya pada awak....

Awek : Betul ke.... he he he. (merah gak lah pipi dia)

Jejaka : Awak, sudi tak awak teman saya di rumah malam ni?

Awek : Boleh, tapi awak kena jawab teka teki saya dulu.

Jejaka : Ok

Awek : Apa benda, bila dipegang sedap, tapi bila dirasa tak sedap?

Jejaka : Emm, tak tau lah.

Awek : Itulah tapak tangan saya (lalu awek tu melempang jejaka tak hensome itu dan terus blah)

#ni aku dapat dari conference kat skype...credit to ~max~ (dragon_slayer56)

Rabu, 23 Februari 2011

Hilangkan nama folder anda!!!

senang je...
1.) right click kat folder and click rename...
2.) padamkan nama yang lama...
3.) tekan dan hold ALT
4.) taipkan 0160
5.) tekan enter

dah siap!!!

Selasa, 15 Februari 2011

Panduan memilih hamster

setelah beberapa lame membela hamster, sekarang aku nak share sikit pasal membela hamster ni...
bagi yang baru nak start membela...pilih jenis hamster yang sesuai untuk anda!!!

ade 3 jenis hamster yang common kat malaysia ni...

1)syrian
2)roborovski atau nickname nye robo
sebelum ni aku ade post pasal robo ni
Roborovski hamster  Hamster baru!!!
3) winter white

syrian
hamster jenis ni paling banyak orang bela kot. saiz agak besar berbanding hamster lain. jinak dan tak gigit.
kadang-kadang kat kedai die tulis golden hamster. ade jenis ni yang muka macam teddy bear dan comel.
hamster ni sesuai di bela oleh sesiapa sahaja.
gambar dari member aku nye fb. credit to nur syazwana.














roborovski
ni jenis yang aku bela...hamster ni termasuk dalam golongan drawf hamster,maksud nya bersaiz kecil. hamster ni paling kecil. hamster ni paling susah dijinak kan. kalau tak jinak maksud nye die tak suka di pegang dan akan lari bile kita sua kan tangan. tidak sesuai untuk budak kecik (yela...sebab dieorang suke pegang dan main hamster kan). tapi bagi aku jenis ni paling comel la



winter white
hamster ni drawf hamster gak. biasa nya kat pet store ada berbagai jenis kaler (blue saphire,pearl, gold).
blue saphire ni kaler kelabu biru-biru sikit, pearl plak putih and gold putih kuning.
winter white ni ade 3 belang dibadan dan ia biasanya jinak. ada juga yang garang dan akan menggigit bila dipegang, tapi jangan risau jenis ni mudah dijinak kan.
walaupun berbeza kaler tapi anda boleh membela hamster ini dalam satu sangkar kerana ia nya sama spesis.

pilih hamster anda wisely dan buat kajian dulu sebelum membela hamster. kalau tidak anda akan menyeksa haiwan yang comel ini. =)



tips memilih hamster di pet store:-
1) pilih hamster yang mempunyai mata yang bersinar.mata yang kuyu mungkin tanda tidak sihat.

2) pilih hamster yang nampak aktif. kadang-kadang kat pet store hamster ni tido je keje nye. cuba sentuh untuk lihat hamster ni aktif atau tak. aktif ialah salah satu tanda hamster ni sihat.

3) telinga yang bersih. telinga yang koyak mungkin tanda hamster ni bergaduh.

4) berbulu tebal dan bersih. ni pun salah satu tanda hamster ni sihat.

5) perhatikan kesan-kesan luka. kalau hamster ni injured ia memerlukan perhatian yang lebih atau mungkin akan mati dalam masa yang terdekat. 

6) beli hamster kat kedai yang asing kan hamster mengikut spesis. hamster lain spesis memang tak boleh duk skali. ade pet store yang campur je skali, so hati-hati. biasanya hamster ni dah ade kesan luka.

aku penah bela hamster yang dari awal lagi tak aktif, mata kuyu. sekarang dah mati. kesian betul. mungkin hamster tu sakit.

sampai sini sahaja tips hamster pade kali ini. nanti aku sambung. jumpe lagi!!!




Sabtu, 14 Ogos 2010

bagaimana menyuruh pc anda supaya bercakap

bende ni saye jumpe dalam sebuah forum...
agak menarik jugak la untuk di cuba...

mule-mule right click pilih new>text document..
pastu open text document tadi.



copy and paste ayat yang berwarne merah ni...
CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love you"



selepas tu save kan text document tadi kepade filename.vbs



dah siap!!! cube click kat file tadi. Anda akan dengar i love you dari speaker pc anda.

cube ganti kan i love you tu dengan sir laa mart mur nyum boot rum mar done
hehe...

Selamat Mencuba!!!


Rabu, 7 Julai 2010

Edit website

Mule2 buka satu website yang anda suke...
pastu delete address dan gantikan dgn

javascript: document.body.contentEditable = 'true'; document.designMode = 'on'; void 0

pastu tekan enter...
patu dah bleh edit sesuke hati...
sbnr nye xde effect pun kat website sbnr

Selasa, 6 Julai 2010

Cafe World

Cafe World adalah social network game yang di cipta oleh Zynga Inc. yang berpusat di San Francisco, California, United States. Cafe World ialah permainan simulator restoran atau cafe yang memerlukan pemain memasak dan menyediakan makanan kepada pelanggan. Game ini boleh di dapati di facebook.
cafe world milik penulis...level 44 pada 7/7/2010

Bagaimana Untuk menaikkan Buzz rating?
Buzz rating akan naik apabila pelanggan suka ke cafe anda. Semakin tinggi Buzz rating semakin cepat lah makanan yang di hidangkan habis. Cara untuk menaikkan Buzz rating ialah

1)pastikan terdapat laluan yang tidak dihalang dari pada pintu hingga lah ke setiap meja dan kerusi. Pastikan ada ruang untuk waiters dan pelanggan bergerak.
2)pastikan tiada objek yang menghalang atau terlalu hampir ke pintu
3)meja mesti la mempunyai ruang kosong diantara 8 bahagian meja(4 sudut,4 bahagian tepi meja) untuk meletakkan kerusi.
4)jika meja di letak kan bersebelah dinding pastikan ada ruang utk 2 orang di meja. Jika tidak waiters tidak dapat memberikan makanan kepada pelanggan.
5)Serving counter juga mesti mempunyai ruang tepi yang kosong daripada 4 bahagian tepi.
6)elak kan ruang kecil kosong diantara counter kerana boleh menyebabkan waiters tersangkut
7)untuk cafe yang besar letak kan counters di tengah cafe supaya waiters tidak perlu berjalan jauh.
8)jangan expand cafe anda terlalu cepat, anda mungkin kekurangan waiters dan menyebabkan pelanggan tidak gembira.
9) ada orang yang menjual pintu apabila makanan sudah kurang supaya dapat menutup cafe buat sementara waktu.
10)Buzz rating tidak naik jika anda tidak membuka cafe anda. Biarkan cafe anda berjalan seketika utk menaikkan buzz rating. Ia nya mungkin mengambil masa 1 jam untuk buzz rating mencapai nilai tertinggi.


Cafe World meniru Restaurant City?

Cafe World hampir serupa dgn Restaurant City dari segi gameplay, grafik, design dan avatar. Restaurant city dibuat oleh syarikat lain iaitu Playfish. Cafe World di lancarkan 6 bulan selepas Restaurant City. Sesiapa yang main kedua-dua game ini mungkin perasan persamaan diantara kedua-dua nya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut