Selasa, 6 Julai 2010

Cafe World

Cafe World adalah social network game yang di cipta oleh Zynga Inc. yang berpusat di San Francisco, California, United States. Cafe World ialah permainan simulator restoran atau cafe yang memerlukan pemain memasak dan menyediakan makanan kepada pelanggan. Game ini boleh di dapati di facebook.
cafe world milik penulis...level 44 pada 7/7/2010

Bagaimana Untuk menaikkan Buzz rating?
Buzz rating akan naik apabila pelanggan suka ke cafe anda. Semakin tinggi Buzz rating semakin cepat lah makanan yang di hidangkan habis. Cara untuk menaikkan Buzz rating ialah

1)pastikan terdapat laluan yang tidak dihalang dari pada pintu hingga lah ke setiap meja dan kerusi. Pastikan ada ruang untuk waiters dan pelanggan bergerak.
2)pastikan tiada objek yang menghalang atau terlalu hampir ke pintu
3)meja mesti la mempunyai ruang kosong diantara 8 bahagian meja(4 sudut,4 bahagian tepi meja) untuk meletakkan kerusi.
4)jika meja di letak kan bersebelah dinding pastikan ada ruang utk 2 orang di meja. Jika tidak waiters tidak dapat memberikan makanan kepada pelanggan.
5)Serving counter juga mesti mempunyai ruang tepi yang kosong daripada 4 bahagian tepi.
6)elak kan ruang kecil kosong diantara counter kerana boleh menyebabkan waiters tersangkut
7)untuk cafe yang besar letak kan counters di tengah cafe supaya waiters tidak perlu berjalan jauh.
8)jangan expand cafe anda terlalu cepat, anda mungkin kekurangan waiters dan menyebabkan pelanggan tidak gembira.
9) ada orang yang menjual pintu apabila makanan sudah kurang supaya dapat menutup cafe buat sementara waktu.
10)Buzz rating tidak naik jika anda tidak membuka cafe anda. Biarkan cafe anda berjalan seketika utk menaikkan buzz rating. Ia nya mungkin mengambil masa 1 jam untuk buzz rating mencapai nilai tertinggi.


Cafe World meniru Restaurant City?

Cafe World hampir serupa dgn Restaurant City dari segi gameplay, grafik, design dan avatar. Restaurant city dibuat oleh syarikat lain iaitu Playfish. Cafe World di lancarkan 6 bulan selepas Restaurant City. Sesiapa yang main kedua-dua game ini mungkin perasan persamaan diantara kedua-dua nya.


1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut