Memaparkan catatan dengan label borak kosong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label borak kosong. Papar semua catatan

Khamis, 28 Julai 2011

Aku dan bola sepak Malaysia

tadi aku tengok update dari blog yang aku follow. aku cari yang update pasal malaysia lawan singapore. saja nak tengok reaksi rakyat Malaysia. ada yang kata jangan kecewa, bangga sebab tak de pemain import macam singapore, pemain singapore pandai berlakon dan tak lupa juga yang mengkritik. Reaksi aku?
ya...aku memilih untuk kecewa. 

bukan kekalahan malaysia yang aku nak tulis kan di sini nanti kang aku kritik pulak , tetapi mengenai peminat bola sepak malaysia. kebanyakan yang aku baca di blog masih menyokong malaysia walaupun kalah. perasan tak peminat bola sepak malaysia makin ramai dan semakin kuat menyokong malaysia? 

kalau dulu bila malaysia kalah je orang akan cakap "biasa lah tu", "tak kan menang kot" atau pun ayat-ayat mengutuk yang lain. jauh berbeza dengan sekarang. sekarang kuat betul sokongan rakyat malaysia, sampai ada yang emosional bila cakap pasal bola sepak malaysia. persoalan yang berlegar-legar dalam kepala aku, di mana penyokong ini dahulu?

dalam fantasi aku, ada seseorang yang menjadi mastermind yang menjadikan rakyat malaysia kuat menyokong pasukan bola sepak malaysia. secara senyap orang ini 'meracuni' pemikiran orang malaysia dengan bola sepak malaysia. kira nya ini sesuatu yang terancang dengan baik. ini fantasi aku je, jangan sesape yang bace ni pergi sebarkan pulak.

sekarang aku dah tak minat bola sepak malaysia macam dulu.dulu aku minat MPPJ tapi ambil tau perkembangan sikit-sikit la. aku search pasal team-team liga malaysia ni. saja nak tengok pasal player malaysia yang aku minat dulu dah main kat kelab mana. sekali baru aku tau yang UPB myteam dah tarik diri. dah tak da rupanya.
juan manuel arostegui
#teringat stadium shah alam tahun 2007. malaysia seri dengan singpore 1-1, jaringan hardi jaafar dengan noh alam shah. aku duduk tempat tak ramai orang. sekali jumpa wahid senario.

Khamis, 21 Julai 2011

Malaysia gagal membelasah Chelsea

Keputusan perlawanan persahabatan antara Chelsea dan Malaysia berakhir dengan Chelsea 1-0. Chelsea memperoleh gol hasil jaringan sendiri penjaga gol gantian, Mohd Izham Tarmizi setelah sepakan percuma Didier Drogba terkena badan penjaga gol itu
nampaknya kali ini Malaysia hanya tewas dengan satu gol. berbeza dengan perlawanan persahabatan dengan arsenal dan liverpool. sememangnya membanggakan!

disebalik kebanggaan sebenarnya pasukan malaysia banyak juga kelemahan.secara peribadi saya rasa terdapat perbezaan standard antara pasukan malaysia dan pasukan liga inggeris. ketiga-tiga perlawanan dengan pasukan liga inggeris menunjukan malaysia gagal menguasai bola. Passing yang dilakukan oleh pasukan malaysia juga tidak kemas dan bola senang dicuri oleh pasukan lawan.

malaysia mendapat beberapa peluang ketika melawan chelsea tetapi gagal disempurnakan. ketika melawan liverpool, safee sali tidak mensia-siakan peluang yang ada. mungkin kerana safee mempunyai pengalaman yang menjadikan dia kuat dari segi mental. safee juga bijak dihadapan gol disamping menpunyai fizikal yang kuat yang membolehkan dia melepasi pemain pertahanan lawan.

pujian harus diberikan kepada pertahanan malaysia kali ini. pemain pertahanan malaysia banyak melakukan tackle yang menarik. walaupun ada sedikit kesilapan tetapi pertahanan malaysia boleh dikira mantap juga lah. penjaga gol juga tidak kurang hebatnya, berjaya menahan serangan chelsea yang membolehkan malaysia hanya bolos 1.

#harap-harap malaysia akan dapat bermain seperti pasukan liga inggeris suatu hari nanti. =)
ini adalah pandangan peribadi ye. kalau tak suke boleh close tab/window.

Selasa, 21 Jun 2011

Tips menghadapi exam time last minute


dah 3 hari nohoho tak update.
ini semua disebabkan study untuk exam.
tinggal 1 paper je lagi.

nak skor dalam exam?
kalau nak skor mesti la kena study awal kan.
kalau study last minute susah la.

Behind every successful man, they each have a journey to share. Find out their story.
sekarang nohoho nak share tips untuk study last minute.
hehe. jangan ikut. kalau ikut tanggung sendiri akibatnya.

tips 1
gunakan masa yang ada secara maksimum. jangan main blog, game, facebook, chatting dan sebagainya. jangan lepak lama-lama kat kedai makan. bungkus lagi bagus.

tips 2
tips kedua ialah dengan mengumpulkan tips-tips yang diberikan oleh lecture sebelum exam. hubungi rakan-rakan anda yang ada tips. gunakan masa yang tinggal untuk study tips dahulu, baru study yang lain.

tips 3
study soalan past year. soalan past year berkemungkinan besar akan keluar semula walaupun tak semua.

tips 4
banyak kan buat soalan daripada cuba faham kan teori. kalau banyak masa baru faham kan ye. skill menghafal anda sangat berguna saat-saat ini.

It's time to go to Hong Kong!
tips 5
bawa toyol. err...tips ni jangan guna ye. bawa apa yang telah anda study last minute dan baca sepintas lalu sebelum masuk exam. biar lah ingat apa yang dah study tu.

tips 6
doa dan tawakal je la. nak exam dah pun. sape suruh tak study awal.

#kalau ada tips lain boleh kongsi ye. nohoho pun pelik sebenarnya. time exam la semua game rasa best. terer pula tu main time exam. asyik menang je.

Sabtu, 11 Jun 2011

Terdiam penyokong Kelantan

keputusan piala FA 2011 Kelantan 1 Terengganu 2.
tadi aku tengok kat kedai makan.
yang ramainya penyokong Kelantan.

gamat suasana kat kedai makan tu.
mula-mula tak sangat.
sehinggalan gol pertama dijaringkan oleh Mohd Nurul Azwan Roya.
bising betul. kecoh satu kedai.
gembira betul penyokong Kelantan.

aku diam je.
aku tak sokong mana-mana.
kekecohan berakhir apabila terengganu mendapat gol pertama.
ade la 2 orang sorak (bukan aku aaa)
senyap terus penyokong Kelantan.
mana tak nya gol minit-minit akhir.
peminat Kelantan dah rasa dieorang dah menang.

dalam kedai hanya ada bunyi daripada tv dan bunyi kuali hasil gorengan makcik kedai.
terdiam peminat Kelantan sehingga habis perlawanan.
tak pe Kelantan. boleh cuba lagi.
tahniah kepada pasukan terengganu.

#ada orang kata peminat Manchester United kecoh, suka buat bising. sedih betul aku.

Selasa, 7 Jun 2011

Follower ke-100 blog sPeEcHLeSs

sebenarnya dah seminggu tak update sebab busy dan takde mood. tapi ade la blogwalking sikit-sikit. beberapa hari yang lepas, buka je blog tengok-tengok follower dah 101. alhamdulillah.
tak sangka boleh sampai 100.

ini ialah follower saya ke 100.
 
tak boleh nak promote lebih-lebih sebab sebelum ni tak mengikuti perkembangan blog ni. kalau nak tau usha sendiri. hehe...

#terima kasih kepada semua yang menjadi follower blog ni, yang pernah komen atau pun yang pernah visit blog ni. thanks!!! =)


Rabu, 1 Jun 2011

Temuramah bersama pengasas blog

Sebenar nya baru perasan blog ni dah mencapai usia setahun...entri 1st ialah pada 1 May 2010. Sebenar nya blog ini di buat oleh f@sh@/gondi (bukan nama sebenar). Dalam masa setahun baru ada 94 follower, tidak mempunyai pembaca tetap dan juga tidak mempunyai rakan blogger. Senang cite memang fail la blog ni. Semalam saya sempat menemuramah gondi. Berikut adalah perbualan kami.



nohoho : hai ape kabar saudari?
gondi : kaba baik
nohoho : ni nak interview ni
gondi : ok
nohoho : tau tak blog kite dah setahun?
gondi : tak
nohoho : (-.-)
gondi : hihi...
nohoho : macam mana saudari dapat idea nak buat blog?
gondi : tengah boring time tu. tak de bende nak buat. time LI rase nye. Time LI kan banyak mase.
nohoho : mula-mula ape yang saudari harapkan bile buat blog?
gondi : tak expect ape-ape pun. cume mungkin nak berkongsi pendapat dengan awak la.
nohoho : kenape saudari dah tak post kat blog
gondi : errr...hehe...nama blog pun speechless kan. mesti la tak tau nak tulis ape. jawapan ni boleh tak?
nohoho : tak. cube jawap serius sikit.
gondi: sebenar nya sebab busy. internet kat rumah pun dah kene potong. pastu ade banyak kenduri. kene kemas rumah lagi, jage budak kecik lagi. sebenar nye saye lagi busy dari peserta maharaja lawak.
nohoho : kalau contoh nye saudari mempunyai mase yang banyak untuk mengupdate blog. apa yang akan saudari akan tulis?
gondi : hobi la kot. macam felt craft tu. haa.... lagi 1 mengata orang. mengata yang paling best.
nohoho : owh...patut lah awak ditakdirkan tiada mase mengupdate blog
gondi : ceh...
nohoho : harapan anda terhadap blog selepas ini?
gondi : saya harap nohoho akan terus mengupdate blog dengan jaye nye. walaupun blog ni tak de orang bace termasuk saye, tapi saye tetap sokong!!! chaiyok2
nohoho : mekaseh.


Jumaat, 27 Mei 2011

Kumpulan balas tersingkir Maharaja Lawak minggu ke 9


akhir nya kumpulan balas tersingkir minggu ini.
sebenar nye aku minat jugak kumpulan balas ni.
tapi rase nye minggu ni tak best macam minggu-minggu lepas.
mungkin sebab ada artis jemputan kot.
nabil lagi tak best minggu ni, tapi tak masuk bottom 3 pun.
secara keseluruhan nya minggu ni biasa je.
sape yang korang rase best?

Jumaat, 20 Mei 2011

Man tersingkir Maharaja Lawak minggu ke 8

man tersingkir dari maharaja lawak minggu ni...
minggu ni tak best sangat...
tak de persembahan yang boleh buat aku ketawa...
hanya ade senyuman manes dari aku...

kumpulan faveret aku iaitu sepah pun tak best sangat...
tapi aku minat cara persembahan nabil...
tak payah prop ke hape ke...
cume ade seketul kerusi...
simple nipple je...
stand up comedy yang menarik...
cume perlu jadi diri sendiri...

tahniah kepada beliau...ahmad idham dah bagi tawaran berlakon


dan man telah tersingkir...
aku tak minat pun man...
tapi ade jugak la 1 persembahan die yang buat aku ketawa...
minggu ape ek????

Selasa, 5 April 2011

mengeluh saje tiada guna =(

dah lama aku tak post...
blog pun dah tak buka...
ni sume sebab busy dengan final year project...
hari isnin ingat kan dah boleh submit...sekali kene betul kan lagi sebab due date telah pun di tunda...
aku dah tak larat nak buat....
menyesal pula tukar tajuk dulu...
baik amek tajuk analogue filter design dari speech analysis ni...
dah siap pun aku tak de interest lagi dalam tajuk ni...
setiap kali aku teringat kan final year project aku menyesal...
hai...
two road diverged in a woods,
and i took the less travelled by,
and that has made all the differences...

lepas jumpe supervisor isnin hari tu aku pegi kelas math yang aku repeat...
majoriti yang ambil student 1st year...
teringat pulak kenangan 1st year dulu....
time 1st year ramai lagi yang datang kelas...kalau banding dengan tahun akhir ni...
lecturer math aku sekarang walaupun serius mengajar tapi sempat jugak bergurau dengan student...
beza dengan sekarang...
terkadang sayup kedengaran suara loye buruk student 1st year time lecturer mengajar....
kelas happening banding dengan 4th year...
rindu saat-saat 1st year...
hai...
tinggal sebulan lagi nak habis....

Sabtu, 19 Mac 2011

Tournament DotA di wang ulu

semalam aku pegi kolej kediaman wang ulu...
hajat di hati nak tengok tournament DotA (Defense of the Ancients)
aku tak join pun...
geng-geng DotA aku pun pegi...

sape yang tak tau pasal DotA ni boleh usha kat http://en.wikipedia.org/wiki/Defense_of_the_Ancients

sebenarnye ni 1st time aku tengok tournament DotA...
memang terer la dieorang kalau nak dibanding kan dengan aku...
tangan pun laju tekan keyboard...

map yang paling baru ni ade 103 hero...
hero-hero terbahagi kepade 3 kategori...
strength, agility dan intelligence...
aku lebih suke kan strength...
hero feveret aku ialah skeleton king/leoric...
sebab ape?sebab?

1. senang nak guna
2. ade stun
3. kene bunuh die 2 kali
4. lifesteal yang tinggi

ape hero feveret korang???

pesanan penaja :- DotA membuat kan anda leka, lupa diri, mase anda terbuang begitu sahaje dan boleh menyebab kan kerja terbengkalai...play it wisely...hehe =)

Khamis, 17 Mac 2011

Entri macam mana yang patut aku post?

bangge nih
trafik aku dah meningkat!!! 
agak bangge jugak lah sebagai blogger yang baru...
tak penah pun aku dapat sampai 73 orang sehari...
sebenar nya minggu ni busy...banyak keje yang perlu di setel kan...
minggu depan lagi la...kene submit final year project punye report...
berbalik kepade trafik....sebenar nya trafik ni banyak dari blog abang Ben Ashaari ...
tq abang ben!!!

dapat 20 komen...tak penah pun dapat selame ni
cube tengok...yang banyak view entri segmen abang Ben...yang aku post tu tak banyak sangat...
mungkin aku perlu lebih kreatif dalam menulis entri...
aku tak nak post pasal isu semasa...banyak orang amek dari website akhbar kan...
aku ade buat jugak...dan agak bagus sebenar nya..boleh bertukar pendapat selain berkongsi info...
tapi kalau boleh aku tak nak buat la entri macam tu....
kurang originality nye...
tapi agak sukar la untuk dapat idea tulis entri yang unik...
yang tak ade orang lain post...
ade sesape boleh tunjuk ajar aku macam mane nak buat entri yang best??plisss....

Isnin, 21 Februari 2011

Tidak Rugi Merendahkan Hati

Khalifah Umar Abdul Aziz suatu malam didatangi oleh seorang pemuda semasa dia sedang menulis. Tiba-tiba lampu mejanya terpadam. Pemuda itu menawarkan dirinya untuk menyalakan lampu itu. Umar lantas berkata "tidak sopan jika aku menyuruh tetamuku membuat kerja." Pemuda itu lantas berkata "tidak mengapa tuan, biar saya panggilkan pembantu tuan."Umar membalas "pembantuku baru sahaja masuk tidur." Lalu akhirnya Umar sendiri yang menyala kan lampu itu dengan minyak.

pemuda itu hairan dan bertanya, "mengapa engkau yang menyalakan sendiri lampu itu wahai ketua seluruh orang mukmin?". Umar menjawap, "Aku pergi aku lah Umar, aku pulang akulah Umar, tidak salahnya aku berbuat demikian. Sebaik-baik manusia ialah orang yang merendahkan hati."

siapa pun kita, jangan lah kita bersifat tinggi diri. sebenarnya orang yang merendah diri mempunyai estim diri yang tinggi. kadang kala kita tidak mahu membuat kerja yang remeh kerana berpendapat ia nya akan merendah kan martabat kita. sebenarnya ia nya adalah sebalik nya. membuat kerja yang remeh akan membuat kan orang pandang tinggi terhadap kita. 

gambar sekadar hiasan
ya Allah, jauh kan aku dari sifat tinggi diri dan sifat-sifat keji yang tidak Engkau redhai.

Isnin, 31 Januari 2011

aku hanya insan biasa

dah lame tak post..selame ni busy n tak de idea nak tulis pe...


sekarang ni kat umah...boleh la post sikit2...






teringat sebelum balik hari tu...


aku dan beberape orang rakan makan same2...


ntah cam mane boleh sembang pasal orang susah..


ade la sorang member aku ni ,aku name kan Salman Bhai la (bukan name sebenar),


Salman Bhai ni cakap la pasal rancangan Bersamamu kat TV3 tu.


lebih kurang camni la perbualan kiteorang, ayat tidak la tepat dah telah diubah untuk menapis perkataan yang sensored.






Salman Bhai : eleh, sebenarnye orang dalam bersamamu tu boleh je keje, anak dieorang baya-baya kite je
Suare-suare sumbang : anak-anak ramai nak tanggung kot.
Salman Bhai : tu la, bukan nak buat perancangan keluarge.
Aku : kan bagus anak ramai, boleh ramai kan umat islam, supaya umat islam lebih kuat

Salman Bhai : kalau nak anak ramai pun tunggu la sampai kewangan stable dulu.
Aku : nanti bile dah stable, kalo Allah tak bagi anak kat...(ayat aku dipotong)
Salman Bhai : YE LA KO BETUL, SUME BENDE KO BETUL!!! (dengan nada yang bengang)






aku terpinga-pinga selepas itu,


tak tau nape member aku emo tak pasal,


mungkin gak sebab die budak pandai,tapi aku lawan pendapat die


mungkin gak sebab die bad mood.


mungkin gak sebab die dah lame bengang dengan aku.


ape-ape pun sebab nye tak penting,


yang penting sebenarnya ape yang aku dapat pelajari dari perbualan hari tu






1st kite mesti belajar terima pendapat orang lain


2nd kite mesti sabar, orang sabar ialah orang yang hebat


3rd layan orang baik, jangan tinggi kan suara, nanti orang tak hormat


and lastly kalo kite tak nak tolong orang susah pun tak perlu la kutuk-kutuk,


kite tak tau ape masalah dieorang.
Adil ke kalo kite mengata orang yang tak bernasib baik macam kita.
bayangkan la kalo orang yang mengata tu hidup dalam kesusahan sejak kecil, ape yang die akan kata?

aku bersyukur aku membesar cukup makan walaupun tidak lah mewah.
aku bersyukur walaupun aku banyak kelemahan.
aku bukan lah sempurna.




gambar sekadar hiasan...tak de kaitan






percaya atau tak, sebenar nya sebelum ni Salman Bhai tu penah cakap kat aku kalo die nak tegur orang, die akan cakap depan-depan dan guna kan bahasa yang lembut.


die cakap aku dengan member-member aku yang lain suke kutuk-kutuk belakang.






hai... ludah ke langit terkena muka sendiri...




Rabu, 1 September 2010

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-53



Rasa nya belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-53. Tema kemerdekaan pada tahun ini ialah 1Malaysia, Menjana Transformasi. Penulis berasa bangga kerana Malaysia mampu mengekal kan keamanan walaupun rakyat Malaysia berbilang bangsa.

Baru sebentar tadi penulis melayari laman web Jakim dan terbaca hadith yang di siarkan semalam(31 Ogos 2010).

"Dari Amir bin Saad dari bapanya r.a katanya:“Pada suatu hari Rasululah s.a.w datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu’awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda.Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda:”Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.

hadith ini menyebut jika umat Islam itu berpecah dan bertelagah, jika tidak akan binasalah kaum itu. Hadith ini memang bersesuaian dengan hari kemerdekaan yang kita sambut setiap tahun.

"kita boleh mempunyai pendapat yang berbeza dalam politik negara, tetapi apabila kita berhadapan dengan kemungkinan orang lain cuba menjajah kita, kita patut rapatkan barisan, itu lah makna patriotisma.
kita rapatkan barisan dan lupakan tentang perselisihan faham antara kita supaya dapat menumpukan kepada usaha untuk mempertahankan negara"
- Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Sekadar Renungan

Pada zaman sekarang ini begitu mudah sekali kita tonton video di laman web seperti youtube, metacafe,facebook, blog dan lain-lain. Penulis juga sering kali melihat video yang di upload di facebook. Ada yang lucu, seram dan juga memberi iktibar kepada kita.

2 atau 3 hari yang lepas penulis ada menonton video sekumpulan perempuan bertudung mempersendakan zikir. Kumpulan perempuan ini melagukan zikir dan membuat gaya seperti dikir barat. Sememang nya umat islam harus bangkit menentang golongan yang mempersenda atau menghina agama, tetapi adakah dengan mengupload video sepeti ini? tidak kah kita sedar ini telah membuka aib orang yang di rakam itu? bukan lah penulis ingin menyebelahi kumpulan perempuan ini tetapi ada beberapa persoalan yang bermain di fikiran penulis. Di antara nya :-


1)mengapa orang yang mula-mula menyebarkan video ini tidak mengambil tindakan?sudah pasti beliau mempunyai maklumat berkenaan kumpulan perempuan ini.
2)adakah ini adil kepada sesiapa yang ada di dalam video itu?
3)adakah dengan menyebarkan video ini akan menyelesaikan masalah?
4)apa motif sebenar menyebarkan video ini?


 
Penulis pernah baca ada hadis yang menyebut jika kita melapangkan kesukaran saudara muslim kita, maka Allah akan melapangkan kesukaran di hari kiamat, jika kita menutup aib saudara muslim kita, Allah akan menutup aib kita di hari kiamat.


Pada pendapat penulis ramai orang yang tidak sensitif terhadap hal menutup aib orang lain. Namun video ini yang telah diupload di website youtube ini di tegur oleh beberapa orang kerana telah membuka aib orang lain. Jika ingin di jadikan iktibar, cukup lah sekadar memberitahu dengan perkataan tanpa mededahkan gambar atau identiti orang tersebut.
 

Baru sebentar tadi penulis menonton video sekumpulan kanak-kanak lelaki di tangkap kerana mandi di tangki air. Persoalan yang sama seperti yang penulis sebutkan tadi bermain di fikiran. Di dalam video tersebut kanak-kanak yang di tangkap ada ditanya nama penuh dan siapa bapa mereka. Bukan kah ini telah memalukan kumpulan kanak-kanak tersebut dan juga keluarga mereka?Ada yang komen video tersebut dengan mengatakan ia nya lucu. Memang lucu bila ia nya tidak kena batang hidung kita!


Penulis juga manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Penulis harap penulis akan sentiasa berjaga-jaga apabila apa yang penulis laku kan melibatkan aib orang lain. Semoga Allah menutup aib kita di akhirat nanti.

Selasa, 24 Ogos 2010

Pembinaan masjid berhampiran Ground Zero


Semalam penulis sempat membeli akhbar utusan(dah lame tak beli) dan terdapat beberapa berita menarik. Salah satu nya ialah "Masjid WTC : Suasana makin tegang". Saya berpendapat semua orang dah tahu yang berkenaan rancangan untuk membina masjid berhampiran ground zero.(nama lain ialah Cordoba House)

Rancangan ini mendapat tentangan dan sokongan dari pelbagai pihak termasuk lah muslim dan non muslim. Presiden America, Barrack Obama menyokong rancangan membina masjid tersebut. Begitu juga dengan datuk bandar New York, Micheal Bloomberg yang mengatakan Ground Zero ialah tempat yang sesuai untuk didirikan masjid kerana ia akan memberitahu dunia yang Amerika ada kebebasan beragama. Terdapat juga keluarga mangsa tragedi 9/11 yang menyokong pembinaan masjid di ground zero.

Tentangan mendirikan masjid ini pula di tentang oleh pelbagai pihak termasuk lah orang muslim sendiri, keluarga mangsa tragedi 9/11, ahli politik amerika dan juga organisasi-organisasi.

Sebenarnya ia nya bukan lah sekadar masjid, tetapi pusat komuniti yang bernilai $100 juta yang mengandungi auditorium, teater, pusat kesihatan, kolam renang, gelanggang bola keranjang, kawasan kanak-kanak, kedai buku, studio kesenian, food court, 11 september memorial dan tempat solat yang boleh menempatkan 1000-2000 orang.



Orang yang bertanggungjawap memimpin pembinaan pusat Islam berhampiran Ground Zero ini ialah Imam Feisal Abdul Rauf iaitu pengasas American Society for Muslim Advancement (ASMA Society). Beliau juga ialah imam Masjid Al-Farah, sebuah masjid di New York.


Sama-sama lah kita tunggu adakah rancangan mendirikan Cordoba House ini menjadi realiti atau tak. Penulis mendoakan semoga apa pun yang terjadi memberi kebaikan untuk umat Islam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut