Memaparkan catatan dengan label Football. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Football. Papar semua catatan

Rabu, 1 Februari 2012

Frédéric Veseli pemain baru Manchester United

rupe-rupe nye ade jugak pemain yang pindah masuk ke manchester united januari ni. ingatkan takde.
baru tau bile tengok website manutd.com tadi.
nama pemain baru ni Frédéric Veseli.
ini lah rupe nye Frédéric Veseli setelah digoogle dengan rase curious sekali.
siape sebenor nye die ni?

Khamis, 28 Julai 2011

Aku dan bola sepak Malaysia

tadi aku tengok update dari blog yang aku follow. aku cari yang update pasal malaysia lawan singapore. saja nak tengok reaksi rakyat Malaysia. ada yang kata jangan kecewa, bangga sebab tak de pemain import macam singapore, pemain singapore pandai berlakon dan tak lupa juga yang mengkritik. Reaksi aku?
ya...aku memilih untuk kecewa. 

bukan kekalahan malaysia yang aku nak tulis kan di sini nanti kang aku kritik pulak , tetapi mengenai peminat bola sepak malaysia. kebanyakan yang aku baca di blog masih menyokong malaysia walaupun kalah. perasan tak peminat bola sepak malaysia makin ramai dan semakin kuat menyokong malaysia? 

kalau dulu bila malaysia kalah je orang akan cakap "biasa lah tu", "tak kan menang kot" atau pun ayat-ayat mengutuk yang lain. jauh berbeza dengan sekarang. sekarang kuat betul sokongan rakyat malaysia, sampai ada yang emosional bila cakap pasal bola sepak malaysia. persoalan yang berlegar-legar dalam kepala aku, di mana penyokong ini dahulu?

dalam fantasi aku, ada seseorang yang menjadi mastermind yang menjadikan rakyat malaysia kuat menyokong pasukan bola sepak malaysia. secara senyap orang ini 'meracuni' pemikiran orang malaysia dengan bola sepak malaysia. kira nya ini sesuatu yang terancang dengan baik. ini fantasi aku je, jangan sesape yang bace ni pergi sebarkan pulak.

sekarang aku dah tak minat bola sepak malaysia macam dulu.dulu aku minat MPPJ tapi ambil tau perkembangan sikit-sikit la. aku search pasal team-team liga malaysia ni. saja nak tengok pasal player malaysia yang aku minat dulu dah main kat kelab mana. sekali baru aku tau yang UPB myteam dah tarik diri. dah tak da rupanya.
juan manuel arostegui
#teringat stadium shah alam tahun 2007. malaysia seri dengan singpore 1-1, jaringan hardi jaafar dengan noh alam shah. aku duduk tempat tak ramai orang. sekali jumpa wahid senario.

Khamis, 21 Julai 2011

Malaysia gagal membelasah Chelsea

Keputusan perlawanan persahabatan antara Chelsea dan Malaysia berakhir dengan Chelsea 1-0. Chelsea memperoleh gol hasil jaringan sendiri penjaga gol gantian, Mohd Izham Tarmizi setelah sepakan percuma Didier Drogba terkena badan penjaga gol itu
nampaknya kali ini Malaysia hanya tewas dengan satu gol. berbeza dengan perlawanan persahabatan dengan arsenal dan liverpool. sememangnya membanggakan!

disebalik kebanggaan sebenarnya pasukan malaysia banyak juga kelemahan.secara peribadi saya rasa terdapat perbezaan standard antara pasukan malaysia dan pasukan liga inggeris. ketiga-tiga perlawanan dengan pasukan liga inggeris menunjukan malaysia gagal menguasai bola. Passing yang dilakukan oleh pasukan malaysia juga tidak kemas dan bola senang dicuri oleh pasukan lawan.

malaysia mendapat beberapa peluang ketika melawan chelsea tetapi gagal disempurnakan. ketika melawan liverpool, safee sali tidak mensia-siakan peluang yang ada. mungkin kerana safee mempunyai pengalaman yang menjadikan dia kuat dari segi mental. safee juga bijak dihadapan gol disamping menpunyai fizikal yang kuat yang membolehkan dia melepasi pemain pertahanan lawan.

pujian harus diberikan kepada pertahanan malaysia kali ini. pemain pertahanan malaysia banyak melakukan tackle yang menarik. walaupun ada sedikit kesilapan tetapi pertahanan malaysia boleh dikira mantap juga lah. penjaga gol juga tidak kurang hebatnya, berjaya menahan serangan chelsea yang membolehkan malaysia hanya bolos 1.

#harap-harap malaysia akan dapat bermain seperti pasukan liga inggeris suatu hari nanti. =)
ini adalah pandangan peribadi ye. kalau tak suke boleh close tab/window.

Khamis, 14 Julai 2011

Manchester United kalahkan New England Revolution

Machester United telah mengalahkan New England Revolution 4-1 di Gillette Stadium dalam perlawanan persahabatan. Ini adalah perlawanan pertama pre-season jelajah US bagi Manchester United.

New England Revolution ni kelab amerika sebenarnya yang bermain dalam Major League Soccer. Nama je England tapi bukan lah kelab England. hahahaha...

Gol Manchester United dijaringkan oleh Owen(51), Macheda(54)(60) dan Ji-Sung Park(80). Gol New England Revolution pula dijaringkan oleh Mansally(56).







Jom tengok Highlight match ni...

download highlight (HD) kat sini

Khamis, 7 Julai 2011

Adakah David De Gea akan berjaya di Manchester United?

Tadi saya ada membaca artikel di Manutd.com mengenai Edwin Van Der Sar yang berkata beliau percaya David De Gea akan berjaya di Manchester United. Persoalannya dapatkah David De Gea berjaya mengambil tempat Van Der Sar dalam usia yang muda? Adakah berbaloi membeli David De Gea dengan harga £18.9 juta?
CLICK DI SINI
ada 2 faktor yang membuatkan saya meragui David De Gea akan berjaya di Manchester United.

Pertama: Usia terlalu muda
Bagi seorang penjaga gol umur 20 tahun adalah terlalu muda. penjaga gol memerlukan pengalaman yang banyak. pengalaman sangat penting bagi seorang penjaga gol untuk bertindak ketika menjaga gawang. usia yang tua juga menjadikan seorang pemain lebih tenang dari pemain muda. saya pernah baca interview Van Der Sar, beliau ditanyakan soalan adakah beliau mengharapkan beliau 10 tahun lebih muda? dia menjawap tidak kerana dengan pengalaman pada usianya lebih memudahkan untuk menjadi penjaga gol.

Kedua: tekanan sebagai penganti Edwin Van Der Sar
Van Der Sar telah bertindak cemerlang sepanjang kariernya di Manchester United. Beliau telah menunjukan rekod yang menakjubkan dalam menjaga gawang united. peminat Manchster United pasti nya mengharap David De Gea sama hebat dengan Edwin van Der Sar. harapan peminat, pemain dan pengurus sudah tentunya tinggi terhadap penjaga gol kedua paling mahal dalam dunia ini.

bagaimana pun David De Gea ialah penjaga gol utama Atletico Madrid untuk musim 2010/2011. De Gea juga telah memenangi UEFA Under-21 Championship bersama spain dan telah memenangi UEFA Europa League dan UEFA Supercup bersama Atletico Madrid. beliau mungkin berupaya menjadi penjaga gol Manchster United yang berjaya dengan pengalaman yang ada.
kita tunggu dan lihat. adakah David De Gea akan berjaya.
apa pendapat anda?

Rabu, 6 Julai 2011

Kelantan Juara Liga Super 2011

tahniah kepada pasukan Kelantan kerana telah bergelar juara liga super 2011.
tadi saya tengok di astro arena. kelantan telah menewaskan pasukan Sabah 2-1 di stadium likas.
2 gol adalah jaringan norshahrul idlan talaha dan gol Sabah di jaringkan oleh razlan oto.

keputusan akhir liga super ialah kelantan memperoleh 56 mata, naib juara ialah terengganu 53 dan tempat ketiga ialah selangor 52 mata. Tv1 menyiarkan perlawanan selangor melawan perak yang berkesudahan seri 0-0.

Penjaring terbanyak liga super dimenangi oleh Abdul hadi Yahya yang menjaringkan 20 gol musim ini.
jadual penuh liga super
Sumber: http://www.malaysiansuperleague.com

Sabtu, 2 Julai 2011

Jom tengok copa america 2011


kali ini copa america di Argentina. sebelum ni 2 kali Argentina masuk final tapi kalah dengan brazil.
pagi tadi dah termiss Argentina lawan Bolivia.
keputusan perlawanan Argentina seri dengan Bolivia 1-1.

lepas ni tak nak miss dah la. nak tengok semua. walhal tengok team yang best je~

nak tengok jadual perlawanan di Astro?
click sini http://www.astro.com.my/epg/programme.php?id=278226
sesape yang ade Astro beyond boleh tengok siaran HD.

ni pula ialah group untuk copa america kali ini. Ada 3 group semua nya.
copa america 2011 group A

copa america 2011 group B

copa america 2011 group C
# saya sokong brazil la...haha nak sokong team favourite je...
sokong mexico la ada hernandez

Jumaat, 1 Julai 2011

Wanita Jepun belasah wanita Mexico

saya baru sahaja tengok video wanita jepun membelasah wanita mexico.
bukan belasah pukul, tapi belasah 4-0 dalam women's world cup.

saya tak tengok live pun. tengok di youtube je hehe...
menarik juga gol yang di jaringkan walaupun mereka ni wanita.
mungkin tak la sehebat lelaki tapi ok juga lah.
CLICK HERE!!!
Homare Sawa telah menjaringkan hatrik pada minit ke 13, 39, dan 80.
Shinobu Ohno telah menjaringkan 1 gol pada minit ke 15.
gol Ohno ni agak menarik pada saya.

Lagi 1 perlawanan ialah England menentang New Zealand. England menang 2-1.
pasukan England

pemain tengah jepun homare sawa meraikan gol

pasukan Jepun

Jessica Clarke meraikan gol jaringannya


Rabu, 29 Jun 2011

Manchester United sah beli David De Gea



De Gea atau nama sebenarnya David De Gea Quintana telah menandatangani kontrak selama 5 tahun bersama Manchester United. De Gea ialah pembelian ke 3 Manchester United selepas Phil Jones dan Ashley Young.

Manchester United dipercayai telah membeli De Gea dengan harga £18.9 juta daripada Atletico Madrid. Ini telah menjadikan De Gea penjaga gol kedua paling mahal selepas Gianluigi Buffon yang dibeli dengan harga £32.6 juta oleh Juventus pada tahun 2001.

The Great Churp Churp Race is back! Race under bright lights and CHOOSE your rewards!

De Gea mendapat jolokan Van Der Gea oleh rakan-rakan beliau di Atletico Madrid disebabkan beliau ciri-ciri yang menyerupai Edwin Van Der Sar.



Profile David De Gea :-
Nama : David de Gea Quintana
Tarikh Lahir : 7 November 1990
Tempat Lahir : Madrid, Spain
Tinggi : 6 ft 4 in (1.93 m)
Posisi : Penjaga Gol




 


 







 

Sabtu, 18 Jun 2011

Manchester United fixture 2011/2012



Fixture Manchester United dah keluar. sebagai peminat Manchester United, nohoho nak post la pasal fixture ni. boleh jugak nohoho tengok nanti sebagai rujukan. Good Luck red devils!!!


Sat 13 Aug - West Brom (A)
Sat 20 Aug - Tottenham Hotspur (H)
Sat 27 Aug - Arsenal (H)
Sat 10 Sep - Bolton Wanderers (A)
Sat 17 Sep - Chelsea (H)
Sat 24 Sep - Stoke City (A)
Sat 1 Oct - Norwich City (H)
Sat 15 Oct - Liverpool (A)
Sat 22 Oct - Manchester City (H)
Sat 29 Oct - Everton (A)
Sat 5 Nov - Sunderland (H)
Sat 19 Nov - Swansea City (A)
Sat 26 Nov - Newcastle United (H)
Sat 3 Dec - Aston Villa (A)
Sat 10 Dec - Wolves (H)
Sat 17 Dec - QPR (A)
Wed 21 Dec - Fulham (A)
Mon 26 Dec - Wigan Athletic (H)
Sat 31 Dec - Blackburn Rovers (H)
Mon 2 Jan - Newcastle (A)
Sat 14 Jan - Bolton Wanderers (H)
Sat 21 Jan - Arsenal (A)
Tue 31 Jan - Stoke City (H)
Sat 4 Feb - Chelsea (A)
Sat 11 Feb - Liverpool (H)
Sat 25 Feb - Norwich City (A)
Sat 3 Mar - Tottenham Hotspur (A)
Sat 10 Mar - West Brom (H)
Sat 17 Mar - Wolves (A)
Sat 24 Mar - Fulham (H)
Sat 31 Mar - Blackburn Rovers (A)
Sat 7 Apr - QPR (H)
Mon 9 Apr - Wigan Athletic (A)
Sat 14 Apr - Aston Villa (H)
Sat 21 Apr - Everton (H)
Sat 28 Apr - Manchester City (A)
Sat 5 May - Swansea City (H)
Sun 13 May - Sunderland (A)















Source : manutd.com

Isnin, 13 Jun 2011

Wayne Rooney lakukan hair transplant


penyerang Manchester united, Wayne Rooney telah melakukan hair transplant yang menelan kos 30000 pound. Pada usia 25, wanye rooney telah pun hampir botak dan mengambil keputusan untuk melakukan hair transplant.
Wayne Rooney telah mendedahkan perkara tersebut secara terbuka di laman twitternya. Rooney menyatakan di laman twitter “I was going bald, so why not?”. selepas itu dia mengemaskini dengan meletak kan gambar beliau selepas hair transplant dan menulis   “Hi all there’s my head. It will take a few months to grow. Still a bit bloody too. But that’s all normal. #hairwego”.


 
Transfer news- Manchester United sahkan pembelian Phil Jones dari Blackburn Rovers. Phil Jones dah sign kontrak 5 tahun.
CLICK HERE

Sabtu, 11 Jun 2011

Terdiam penyokong Kelantan

keputusan piala FA 2011 Kelantan 1 Terengganu 2.
tadi aku tengok kat kedai makan.
yang ramainya penyokong Kelantan.

gamat suasana kat kedai makan tu.
mula-mula tak sangat.
sehinggalan gol pertama dijaringkan oleh Mohd Nurul Azwan Roya.
bising betul. kecoh satu kedai.
gembira betul penyokong Kelantan.

aku diam je.
aku tak sokong mana-mana.
kekecohan berakhir apabila terengganu mendapat gol pertama.
ade la 2 orang sorak (bukan aku aaa)
senyap terus penyokong Kelantan.
mana tak nya gol minit-minit akhir.
peminat Kelantan dah rasa dieorang dah menang.

dalam kedai hanya ada bunyi daripada tv dan bunyi kuali hasil gorengan makcik kedai.
terdiam peminat Kelantan sehingga habis perlawanan.
tak pe Kelantan. boleh cuba lagi.
tahniah kepada pasukan terengganu.

#ada orang kata peminat Manchester United kecoh, suka buat bising. sedih betul aku.

Khamis, 2 Jun 2011

Download Gary Neville Testimonial Match-Manchester United vs Juventus (24.5.11)

sebelum ni aku ade cite pasal Gary Neville testimonial match ni kan. kalau nak tau click SINI.
aku ade fullmatch die.
kalau nak tengok Beckham, Gary/Phil Neville, Nicky Butt main balik untuk Manchester United boleh la download. Dalam match ni Owen dengan Beckham dua-dua pakai no 7. 
match ni diadakan pada 24 May 2011. 4 hari sebelum final champions league.







Selasa, 31 Mei 2011

Pemain veteran Manchester United Paul Scholes Bersara

Paul Scholes akhirnya membuat keputusan untuk bersara setelah bermain untuk Manchester United hampir 17 tahun. Paul Scholes membuat penampilan pertama bersama manchester United pada 21 september 1994 ketika Manchester United menentang Port Vale dan beliau telah menyumbat 2 gol dalam perlawanan itu. Beliau tergolong dalam 'one-club man' kerana bermain untuk Manchester United sepanjang karier nya. Sebanyak 676 penampilan telah dilakukan oleh Paul Scholes dan telah menyumbat 150 gol sepanjang karier beliau. Paul Scholes telah mengumpul 10 kejuaraan liga inggeris, 3 piala FA dan 2 kejuaraan UEFA champions league. Selepas bersara Paul Scholes akan menjadi jurulatih di Manchester United.










pendapat terhadap Paul Scholes :
Zinedine Zidane - My toughest opponent? Scholes. He is undoubtedly the greatest player of his generation
Thierry Henry - Without any doubt the best player in the Premiership has to be Scholes... He knows how to do everything.
Bobby Charlton - Paul is always so in control and pin-point accurate with his passing—a beautiful player to watch.
Xavi -A role model. For me, and I really mean this, he's the best central midfielder I've seen in the last 15, 20 years. He's spectacular, he has it all, the last pass, goals, he's strong, he doesn't lose the ball, vision. If he'd been Spanish he might have been rated more highly. Players love him

Sabtu, 28 Mei 2011

Bagaimana Barcelona kalahkan Manchester United

Barcelona 3
Rodriguez (27), Messi (54), Villa (69)
Man Utd 1
Rooney (34)

Manchester United telah ditewas kan oleh Barcelona di Wembley. Messi telah dipilih sebagai man of the match. Tahniah kepada Barca.

Bagi aku match kali ni agak bosan. Memang Barca hebat. Mungkin ada yang kata tak ada team yang boleh kalah kan Barca. Aku pun tak tau la betul ke tak sebab Man Utd main final tadi tak semangat langsung. Awal-awal permainan je semangat. Walaupun ade satu masa tu barcelona je yang control ball, tapi time tu Man Utd defend dengan agak bagus. Akhir 1st half hingga la habis permainan Man Utd main dengan tak semangat. Macam tak nak main. Sama macam final 2 tahun dulu.





Asal final je tak best. haha... ni pendapat aku la. Biasa nya mesti 1 team je yang dominate game. Tak de yang sengit. Tapi aku suka kalau macam final 2005 dulu. AC Milan lawan Liverpool. Liverpool boleh buat comeback dari ketinggalan 3-0. Itu baru akan dikenang oleh peminat-peminat bola.

Barcelona sekarang ni amat disanjung oleh pembenci-pembenci Manchester United, tak kire la fan liverpool ke, fan chelsea ke, fan felda united ke. Macam mana Barcelona main sampai hebat sangat? Ade member aku kate

"Barcelona sebenarnye bukan main bola, tapi dieorang main futsal".
Aku rase betul jugak tu. Walaupun orang kate Barca main power ke, main hebat gile le tapi aku tak minat gaya permainan dieorang. Tapi boleh dipuji la kerajinan dieorang. Itu la taktik Barca sebenarnye. Hantaran pendek dan rajin kejar bola, formasi majoriti game adalah same. Terpulang la kan pade korang kalau korang nak minat atau nak benci kelab mane-mane. Ade aku kesah?

Rabu, 25 Mei 2011

Barclays Premier League team of the decade

Bintang Manchester United telah mendominasi senarai pemain pilihan untuk team of the decade. 6 orang pemain manchester united membarisi pasukan yang telah dipilih oleh pengurus-pengurus pasukan.
penjaga gol Manchester United Edwin Van Der Sar yang akan bersara telah menjadi penjaga gol pilihan dengan 53% undian mengalahkan penjaga gol chelsea peter cech (33%).
Ashley cole dipilih sebagai pertahanan kiri dengan undian 73% mengalahkan pemain united patrice evra (27%).
Pertahanan tengah pilihan ialah John Terry (40%) dan juga Nemanja Vidic (27%) mengatasi Rio Ferdinand (20%). Pertahanan kanan pula Gary Neville dengan undian 60%.
Pemain veteran united Ryan Giggs telah dipilih sebagai pemain sayap kiri menerima undian 87%. Cristiano Ronaldo dipilih sebagai pemain sayap kanan (67%) mengalahkan David Beckham (27%).
Pemain tengah pula ialah Paul Scholes (23%) dan juga Steven Gerrard (33%).
Penyerang pula ialah Didier Drogba dan Alan Shearer masing-masing dengan undian 23% mengalahkan pemain-pemain popular lain seperti Thiery Henry, Wayne Rooney dan Dennis Bergkamp.

Di bawah ni ada gambar yang telah aku edit sendiri. Semat kan?haha


Senarai penuh pemain team of the decade Barclays Premier League :-
Kesebelasan Utama
Goal keeper – Edwin van der Sar (Fulham & Manchester United)
Left Back – Ashley Cole (Arsenal & Chelsea)
Right Back – Gary Neville (Manchester United)
Centre Back - Nemanja Vidic (Manchester United)
Centre Back – John Terry (Chelsea)
Left Midfield – Ryan Giggs (Manchester United)
Right Midfield – Cristiano Ronaldo (Manchester United)
Central Midfield – Paul Scholes (Manchester United)
Central Midfield - Steven Gerrard (Liverpool)
Centre Forward – Didier Drogba (Chelsea)
Centre Forward – Alan Shearer (Newcastle United) 

Simpanan
Petr Cech (Chelsea)
Patrice Evra (Manchester United)
Rio Ferdinand (Leeds United and Manchester United)
David Beckham (Manchester United)
Wayne Rooney (Everton and Manchester United)

Sabtu, 14 Mei 2011

Manchester United Juara EPL musim 2010/2011

Keputusan seri telah cukup untuk mengesahkan kejuaraan liga untuk Manchester United. Rooney yang menyumbangkan gol menerusi sepakan penalti telah memadamkan harapan Blackburn untuk menang setelah Brett Emerton menjaring kan gol terlebih dahulu. Manchester United mendapat penalti setelah Javier Hernandez dijatuhkan oleh golkeeper blackburn iaitu Paul Robinson.
Ini ialah kejuaraan liga ke 12 untuk Sir Alex Ferguson dan yang ke 19 untuk Manchester United.


#awal season dulu, ramai yang cakap abes la man utd season ni...asyik seri je

Selasa, 10 Mei 2011

Testimonial Match untuk Gary Neville

Testimonial match untuk Gary Neville akan diadakan pada 24 May 2011 yang akan menampilkan pemain-pemain 'Class of 92'.
Manchester United akan menentang Juventus dalam perlawanan yang diadakan khas untuk bekas kapten manchester united itu. Gary Neville yang bermain untuk Manchester United sepanjang karier nya menjadi kapten united selama 5 tahun. Mula bermain untuk united pada tahun 1992 dan telah membuat penampilan sebanyak 602 untuk united.

Antara pemain lain yang akan beraksi ialah Nicky Butt, Paul Scholes, Ryan Giggs dan adik Gary Neville iaitu Phil Neville. David Beckham juga telah dijemput tetapi penyertaan beliau belum dapat dipastikan lagi.

Isnin, 9 Mei 2011

Real Madrid sahkan pembelian Nuri Şahin

Real Madrid telah mengesah kan pembelian pemain tengah Borussia Dortmund Nuri Sahin. Pemain itu telah bersetuju dengan kontrak selama enam tahun setelah membantu Borussia Dortmund menjuarai Bundesliga.

Perpindahan yang dipercayai bernilai 12 juta euro itu adalah pembelian pertama Jose Mourinho bagi musim 2011/2012. Nuri Sahin yang juga pemain antarabangsa Turki itu baru sahaja berusia 22 tahun.
Pemain itu memegang rekod pemain paling muda yang beraksi dalam Bundesliga seawal usia 16 tahun.


#Real ni... tak cukup pemain lagi ke????


Rabu, 27 April 2011

Messi jaringkan 2 gol benam real madrid

First leg di Santiago Bernabeu menyaksi kan Barcelona mengalah kan Real Madrid dengan 2 gol di jaringkan oleh Lionel Messi. Messi menbuka jaringan pada minit ke 76 setelah menerima hantaran lintang Ibrahim Afalley yang masuk mengantikan pedro. Gol kedua ialah hasil jaringan Messi yang membawa bola sejauh 30 meter melepasi pemain pertahanan Real Madrid.
Real yang bermain 10 orang setelah pepe dibuang padang pada minit ke 61 tidak mampu menandingi barca yang nyata menguasai permainan. Messi telah mengumpul 52 musim ini dalam semua perlawanan. Harapan barca untuk ke final di Wembley pada 28 may tampak cerah dengan kelebihan 2 gol di tempat lawan.





sekarang nampak nya macam Manchester United dan Barcelona akan ke final....rematch????










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut