Khamis, 28 Julai 2011

Aku dan bola sepak Malaysia

tadi aku tengok update dari blog yang aku follow. aku cari yang update pasal malaysia lawan singapore. saja nak tengok reaksi rakyat Malaysia. ada yang kata jangan kecewa, bangga sebab tak de pemain import macam singapore, pemain singapore pandai berlakon dan tak lupa juga yang mengkritik. Reaksi aku?
ya...aku memilih untuk kecewa. 

bukan kekalahan malaysia yang aku nak tulis kan di sini nanti kang aku kritik pulak , tetapi mengenai peminat bola sepak malaysia. kebanyakan yang aku baca di blog masih menyokong malaysia walaupun kalah. perasan tak peminat bola sepak malaysia makin ramai dan semakin kuat menyokong malaysia? 

kalau dulu bila malaysia kalah je orang akan cakap "biasa lah tu", "tak kan menang kot" atau pun ayat-ayat mengutuk yang lain. jauh berbeza dengan sekarang. sekarang kuat betul sokongan rakyat malaysia, sampai ada yang emosional bila cakap pasal bola sepak malaysia. persoalan yang berlegar-legar dalam kepala aku, di mana penyokong ini dahulu?

dalam fantasi aku, ada seseorang yang menjadi mastermind yang menjadikan rakyat malaysia kuat menyokong pasukan bola sepak malaysia. secara senyap orang ini 'meracuni' pemikiran orang malaysia dengan bola sepak malaysia. kira nya ini sesuatu yang terancang dengan baik. ini fantasi aku je, jangan sesape yang bace ni pergi sebarkan pulak.

sekarang aku dah tak minat bola sepak malaysia macam dulu.dulu aku minat MPPJ tapi ambil tau perkembangan sikit-sikit la. aku search pasal team-team liga malaysia ni. saja nak tengok pasal player malaysia yang aku minat dulu dah main kat kelab mana. sekali baru aku tau yang UPB myteam dah tarik diri. dah tak da rupanya.
juan manuel arostegui
#teringat stadium shah alam tahun 2007. malaysia seri dengan singpore 1-1, jaringan hardi jaafar dengan noh alam shah. aku duduk tempat tak ramai orang. sekali jumpa wahid senario.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut