Khamis, 21 Julai 2011

Malaysia gagal membelasah Chelsea

Keputusan perlawanan persahabatan antara Chelsea dan Malaysia berakhir dengan Chelsea 1-0. Chelsea memperoleh gol hasil jaringan sendiri penjaga gol gantian, Mohd Izham Tarmizi setelah sepakan percuma Didier Drogba terkena badan penjaga gol itu
nampaknya kali ini Malaysia hanya tewas dengan satu gol. berbeza dengan perlawanan persahabatan dengan arsenal dan liverpool. sememangnya membanggakan!

disebalik kebanggaan sebenarnya pasukan malaysia banyak juga kelemahan.secara peribadi saya rasa terdapat perbezaan standard antara pasukan malaysia dan pasukan liga inggeris. ketiga-tiga perlawanan dengan pasukan liga inggeris menunjukan malaysia gagal menguasai bola. Passing yang dilakukan oleh pasukan malaysia juga tidak kemas dan bola senang dicuri oleh pasukan lawan.

malaysia mendapat beberapa peluang ketika melawan chelsea tetapi gagal disempurnakan. ketika melawan liverpool, safee sali tidak mensia-siakan peluang yang ada. mungkin kerana safee mempunyai pengalaman yang menjadikan dia kuat dari segi mental. safee juga bijak dihadapan gol disamping menpunyai fizikal yang kuat yang membolehkan dia melepasi pemain pertahanan lawan.

pujian harus diberikan kepada pertahanan malaysia kali ini. pemain pertahanan malaysia banyak melakukan tackle yang menarik. walaupun ada sedikit kesilapan tetapi pertahanan malaysia boleh dikira mantap juga lah. penjaga gol juga tidak kurang hebatnya, berjaya menahan serangan chelsea yang membolehkan malaysia hanya bolos 1.

#harap-harap malaysia akan dapat bermain seperti pasukan liga inggeris suatu hari nanti. =)
ini adalah pandangan peribadi ye. kalau tak suke boleh close tab/window.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut