Khamis, 7 Julai 2011

Adakah David De Gea akan berjaya di Manchester United?

Tadi saya ada membaca artikel di Manutd.com mengenai Edwin Van Der Sar yang berkata beliau percaya David De Gea akan berjaya di Manchester United. Persoalannya dapatkah David De Gea berjaya mengambil tempat Van Der Sar dalam usia yang muda? Adakah berbaloi membeli David De Gea dengan harga £18.9 juta?
CLICK DI SINI
ada 2 faktor yang membuatkan saya meragui David De Gea akan berjaya di Manchester United.

Pertama: Usia terlalu muda
Bagi seorang penjaga gol umur 20 tahun adalah terlalu muda. penjaga gol memerlukan pengalaman yang banyak. pengalaman sangat penting bagi seorang penjaga gol untuk bertindak ketika menjaga gawang. usia yang tua juga menjadikan seorang pemain lebih tenang dari pemain muda. saya pernah baca interview Van Der Sar, beliau ditanyakan soalan adakah beliau mengharapkan beliau 10 tahun lebih muda? dia menjawap tidak kerana dengan pengalaman pada usianya lebih memudahkan untuk menjadi penjaga gol.

Kedua: tekanan sebagai penganti Edwin Van Der Sar
Van Der Sar telah bertindak cemerlang sepanjang kariernya di Manchester United. Beliau telah menunjukan rekod yang menakjubkan dalam menjaga gawang united. peminat Manchster United pasti nya mengharap David De Gea sama hebat dengan Edwin van Der Sar. harapan peminat, pemain dan pengurus sudah tentunya tinggi terhadap penjaga gol kedua paling mahal dalam dunia ini.

bagaimana pun David De Gea ialah penjaga gol utama Atletico Madrid untuk musim 2010/2011. De Gea juga telah memenangi UEFA Under-21 Championship bersama spain dan telah memenangi UEFA Europa League dan UEFA Supercup bersama Atletico Madrid. beliau mungkin berupaya menjadi penjaga gol Manchster United yang berjaya dengan pengalaman yang ada.
kita tunggu dan lihat. adakah David De Gea akan berjaya.
apa pendapat anda?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut