Rabu, 1 September 2010

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-53



Rasa nya belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-53. Tema kemerdekaan pada tahun ini ialah 1Malaysia, Menjana Transformasi. Penulis berasa bangga kerana Malaysia mampu mengekal kan keamanan walaupun rakyat Malaysia berbilang bangsa.

Baru sebentar tadi penulis melayari laman web Jakim dan terbaca hadith yang di siarkan semalam(31 Ogos 2010).

"Dari Amir bin Saad dari bapanya r.a katanya:“Pada suatu hari Rasululah s.a.w datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu’awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda.Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda:”Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.

hadith ini menyebut jika umat Islam itu berpecah dan bertelagah, jika tidak akan binasalah kaum itu. Hadith ini memang bersesuaian dengan hari kemerdekaan yang kita sambut setiap tahun.

"kita boleh mempunyai pendapat yang berbeza dalam politik negara, tetapi apabila kita berhadapan dengan kemungkinan orang lain cuba menjajah kita, kita patut rapatkan barisan, itu lah makna patriotisma.
kita rapatkan barisan dan lupakan tentang perselisihan faham antara kita supaya dapat menumpukan kepada usaha untuk mempertahankan negara"
- Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut