Selasa, 24 Ogos 2010

Pembinaan masjid berhampiran Ground Zero


Semalam penulis sempat membeli akhbar utusan(dah lame tak beli) dan terdapat beberapa berita menarik. Salah satu nya ialah "Masjid WTC : Suasana makin tegang". Saya berpendapat semua orang dah tahu yang berkenaan rancangan untuk membina masjid berhampiran ground zero.(nama lain ialah Cordoba House)

Rancangan ini mendapat tentangan dan sokongan dari pelbagai pihak termasuk lah muslim dan non muslim. Presiden America, Barrack Obama menyokong rancangan membina masjid tersebut. Begitu juga dengan datuk bandar New York, Micheal Bloomberg yang mengatakan Ground Zero ialah tempat yang sesuai untuk didirikan masjid kerana ia akan memberitahu dunia yang Amerika ada kebebasan beragama. Terdapat juga keluarga mangsa tragedi 9/11 yang menyokong pembinaan masjid di ground zero.

Tentangan mendirikan masjid ini pula di tentang oleh pelbagai pihak termasuk lah orang muslim sendiri, keluarga mangsa tragedi 9/11, ahli politik amerika dan juga organisasi-organisasi.

Sebenarnya ia nya bukan lah sekadar masjid, tetapi pusat komuniti yang bernilai $100 juta yang mengandungi auditorium, teater, pusat kesihatan, kolam renang, gelanggang bola keranjang, kawasan kanak-kanak, kedai buku, studio kesenian, food court, 11 september memorial dan tempat solat yang boleh menempatkan 1000-2000 orang.



Orang yang bertanggungjawap memimpin pembinaan pusat Islam berhampiran Ground Zero ini ialah Imam Feisal Abdul Rauf iaitu pengasas American Society for Muslim Advancement (ASMA Society). Beliau juga ialah imam Masjid Al-Farah, sebuah masjid di New York.


Sama-sama lah kita tunggu adakah rancangan mendirikan Cordoba House ini menjadi realiti atau tak. Penulis mendoakan semoga apa pun yang terjadi memberi kebaikan untuk umat Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut