Memaparkan catatan dengan label roborovski. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label roborovski. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Jun 2012

[VIDEO] Hamster Roborovski di atas laptop

hye,
ni aku saje rakam sebab boring,
letak lah hamster roborovski ni atas laptop,
gemuk kan?


die ni tak de nama sebab hamster banyak sangat, tak de masa nak namakan
harap sapa yang baca blog ni boleh enjoy dengan video gelagat hamster aku,
=)
bye


Isnin, 13 Jun 2011

kenapa hamster roborovski gigit?


sebelum ni aku ade cerita pasal hamster roborovski. sekarang aku dah ade 6 ekor robrovski. kalau tak tau pasal roborovski ni boleh tengok kat SINI.

hamster spesis roborovski ni paling pemalu.sangat berbeza dengan hamster lain. kalau kita hulurkan tangan, dia akan lari. menjinakan roborovski perlu kan kesabaran yang tinggi.

cara paling asas dalam menjinakan hamster roborovski adalah dengan memasukan tangan dalam sangkar/tempat simpanan. ini sangat penting untuk membiasakan hamster roborovski dengan bau tangan kita dan perlu di lakukan setiap hari. tapi JANGAN gerak kan tangan anda secara mengejut. tangan perlu digerakan dengan perlahan-lahan supaya hamster roborovski tidak terkejut dan takut.

berbalik kepada tajuk asal. hamster roborovski ni akan mengigit kerana dia berasa takut atau pun tidak selesa. tetapi terdapat juga sebab lain. sebab ini berkait dengan cara menjinakan yang aku terangkan tadi. hamster roborovski mungkin akan mengigit setelah mencium bau tangan kita. ini bukan lah disebab kan dia takut atau marah, tetapi sebab dia sudah mempercayai kita. jangan risau dia tak kan gigit sampai luka. sepanjang aku membela hamster roborovski tak pernah pun dia gigit hingga mencederakan.

jika hamster roborovski mengigit tangan anda, JANGAN tarik secara mengejut sebalik nya perlahan-lahan keluarkan tangan anda.
pegang hamster begini terlalu lama boleh menyebabkan ia mengigit anda
nak tengok gambar hamster aku yang comel? click SINI, SINI pun sama

#ini hanyalah untuk hamster roborovski. lain hamster lain ragamnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut