Khamis, 30 Jun 2011

Tips memilih tempat tinggal untuk hamster-Part 1

tahu kah anda tempat tinggal untuk hamster ada pelbagai jenis?
ada jenis sangkar, aquarium kaca dan aquarium plastik.
saya sendiri menggunakan dua jenis iaitu sangkar dan aquarium kaca untuk 5 ekor roborovski saya.

jadi tempat tinggal yang mana yang patut anda pilih untuk hamster anda?
yang manakah yang terbaik?

Jenis Aquarium kaca
kelebihan (+ve) :
    hamster dibela dalam aquarium
  • senang memerhatikan hamster kerana jernih. lebih mudah untuk tangkap gambar hamster.
  • lebih kebebasan untuk menghias/menyusun tempat tinggal untuk hamster.
  • bedding/serbuk kayu tidak akan tumpah merata-rata.
  • senang masukan tangan kedalam tempat tinggal hamster. lebih mudah untuk membersihkan, menambah makanan atau bermain dengan hamster anda
  • mudah untuk dibersihkan dan dicuci
kelemahan (-ve) :
  • tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya berat dan sukar untuk dialihkan
  • berisiko pecah jika jatuh
  • pengudaraan yang kurang baik
  • kos lebih tinggi dari sangkar. peralatan harus dibeli berasingan. peralatan yang sesuai juga sukar dijumpai di kedai  haiwan peliharan di Malaysia kerana lebih ramai yang gunakan sangkar.
CLICK HERE
Aquarium/bekas plastik
kelebihan (+ve) :
ini bekas yang kecil. saya hanya gunakan untuk sementara sahaja
  • mempunyai kelebihan yang sama seperti aquarium kaca kecuali bekas plastik kurang jernih berbanding bekas kaca.
  • lebih ringan dari aquarium kaca dan tidak pecah jika jatuh. lebih mudah dipindahkan
Kekurangan (-ve) :
  • pengudaraan yang kurang baik
  • kurang sesuai untuk menangkap gambar hamster. bekas plastik mungkin akan calar ketika bekas dibasuh; menyebabkan gambar tidak jelas.
#sampai sini sahaja. nanti saya tulis mengenai sangkar pula. stay tuned. hehe...

4 ulasan:

  1. dulu nad ada hamster jugak..hehe..sekali beranak amik kau..berekor2..skunk dah xde..sebab nak bele sugar glider pulak..:)

    BalasPadam
  2. ntuk arnab xde? hehe

    http://misssabrinaa.blogspot.com/2011/07/facebook-baik-ke-tak-baik.html

    BalasPadam
  3. This is a really interesting and informative content.
    [url=http://www.uisteanpr.com/news/karen-millen-dress-big-bargain-a-38.html
    ]More[/url]

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut