Isnin, 13 Jun 2011

kenapa hamster roborovski gigit?


sebelum ni aku ade cerita pasal hamster roborovski. sekarang aku dah ade 6 ekor robrovski. kalau tak tau pasal roborovski ni boleh tengok kat SINI.

hamster spesis roborovski ni paling pemalu.sangat berbeza dengan hamster lain. kalau kita hulurkan tangan, dia akan lari. menjinakan roborovski perlu kan kesabaran yang tinggi.

cara paling asas dalam menjinakan hamster roborovski adalah dengan memasukan tangan dalam sangkar/tempat simpanan. ini sangat penting untuk membiasakan hamster roborovski dengan bau tangan kita dan perlu di lakukan setiap hari. tapi JANGAN gerak kan tangan anda secara mengejut. tangan perlu digerakan dengan perlahan-lahan supaya hamster roborovski tidak terkejut dan takut.

berbalik kepada tajuk asal. hamster roborovski ni akan mengigit kerana dia berasa takut atau pun tidak selesa. tetapi terdapat juga sebab lain. sebab ini berkait dengan cara menjinakan yang aku terangkan tadi. hamster roborovski mungkin akan mengigit setelah mencium bau tangan kita. ini bukan lah disebab kan dia takut atau marah, tetapi sebab dia sudah mempercayai kita. jangan risau dia tak kan gigit sampai luka. sepanjang aku membela hamster roborovski tak pernah pun dia gigit hingga mencederakan.

jika hamster roborovski mengigit tangan anda, JANGAN tarik secara mengejut sebalik nya perlahan-lahan keluarkan tangan anda.
pegang hamster begini terlalu lama boleh menyebabkan ia mengigit anda
nak tengok gambar hamster aku yang comel? click SINI, SINI pun sama

#ini hanyalah untuk hamster roborovski. lain hamster lain ragamnya.

7 ulasan:

  1. saya ada hamster juga tapi jenis syrian jer.. yg jenis kecik ada sekor paling susah nak jinakkan. setelah 2 tahun bela baru blh pegang tanpa dia gigit. Yg lain2 yg jenis besar sikit takde masalah. semua jenis jinak..

    BalasPadam
  2. oh, dia gigit tanpa cedera tu macam kucing main2 gigit dengan tuannya ka? oh, betui, kita tak bleh terus tarik kalau kena gigit, nanti dia sakit o.o

    BalasPadam
  3. den ade jugak robo nih.
    ade 2 ekor.. tapi lame dah xmain ngan robo. lagi suke ngan syrian.
    cian robo tuh.
    :D

    BalasPadam
  4. dulu saya ada hamster, tapi dia suka gigit hamster spesis lain kalau kte letak dlm skali. pernah dia gigit jari sampai luka. rupa hamster tu mmg buruk(saya xtau nama spesis nie) tp saya pelik la kenapa dia suka gigit@cederakan spesis lain, kesian plk tgk. ada pandangan?

    BalasPadam
  5. @hardy boysebenarnya memang hamster spesis lain tak boleh diletakan sekali. memang dia akan gaduh dan gigit. sape lemah akan mati atau cedera jika sempat diselamatkan. hamster akan gigit tuan dia bila rasa terancam, takut atau rasa sakit.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut