Jumaat, 27 Ogos 2010

Sekadar Renungan

Pada zaman sekarang ini begitu mudah sekali kita tonton video di laman web seperti youtube, metacafe,facebook, blog dan lain-lain. Penulis juga sering kali melihat video yang di upload di facebook. Ada yang lucu, seram dan juga memberi iktibar kepada kita.

2 atau 3 hari yang lepas penulis ada menonton video sekumpulan perempuan bertudung mempersendakan zikir. Kumpulan perempuan ini melagukan zikir dan membuat gaya seperti dikir barat. Sememang nya umat islam harus bangkit menentang golongan yang mempersenda atau menghina agama, tetapi adakah dengan mengupload video sepeti ini? tidak kah kita sedar ini telah membuka aib orang yang di rakam itu? bukan lah penulis ingin menyebelahi kumpulan perempuan ini tetapi ada beberapa persoalan yang bermain di fikiran penulis. Di antara nya :-


1)mengapa orang yang mula-mula menyebarkan video ini tidak mengambil tindakan?sudah pasti beliau mempunyai maklumat berkenaan kumpulan perempuan ini.
2)adakah ini adil kepada sesiapa yang ada di dalam video itu?
3)adakah dengan menyebarkan video ini akan menyelesaikan masalah?
4)apa motif sebenar menyebarkan video ini?


 
Penulis pernah baca ada hadis yang menyebut jika kita melapangkan kesukaran saudara muslim kita, maka Allah akan melapangkan kesukaran di hari kiamat, jika kita menutup aib saudara muslim kita, Allah akan menutup aib kita di hari kiamat.


Pada pendapat penulis ramai orang yang tidak sensitif terhadap hal menutup aib orang lain. Namun video ini yang telah diupload di website youtube ini di tegur oleh beberapa orang kerana telah membuka aib orang lain. Jika ingin di jadikan iktibar, cukup lah sekadar memberitahu dengan perkataan tanpa mededahkan gambar atau identiti orang tersebut.
 

Baru sebentar tadi penulis menonton video sekumpulan kanak-kanak lelaki di tangkap kerana mandi di tangki air. Persoalan yang sama seperti yang penulis sebutkan tadi bermain di fikiran. Di dalam video tersebut kanak-kanak yang di tangkap ada ditanya nama penuh dan siapa bapa mereka. Bukan kah ini telah memalukan kumpulan kanak-kanak tersebut dan juga keluarga mereka?Ada yang komen video tersebut dengan mengatakan ia nya lucu. Memang lucu bila ia nya tidak kena batang hidung kita!


Penulis juga manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Penulis harap penulis akan sentiasa berjaga-jaga apabila apa yang penulis laku kan melibatkan aib orang lain. Semoga Allah menutup aib kita di akhirat nanti.

2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut