Jumaat, 8 Julai 2011

Tips memilih tempat tinggal (housing) untuk hamster-Part 2

sebelum ni saya dah tulis tentang tempat tinggal/housing hamster untuk jenis aquarium kaca dan plastik. kalau tak baca lagi boleh click sini.

kali ni saya nak cerita pasal tempat tinggal/housing jenis sangkar. sangkar hamster ni paling mudah didapati di kedai-kedai haiwan peliharaan. mesti ramai yang guna sangkar hamster ni kan tak kira lah bela hamster jenis apa pun.
CLICK SINI
setiap jenis housing ada kelemahan dan kelebihan. jom kita tengok kekurangan dan kelebihan sangkar hamster.

Jenis sangkar hamster
kelebihan (+ve)
  • pengudaraan yang lebih baik
  • lebih murah. di kedai haiwan peliharaan sangkar hamster akan dijual 1set lengkap. sangkar biasa yang mempunyai aksesori asas adalah murah
  • hamster lebih banyak pilihan untuk bermain. biasanya sangkar hamster dijual mempunyai rumah, tangga ataupun tiub. paling tidak pun hamster akan bermain dengan memanjat disekeliling sangkar.
  • lebih ringan. mudah dipindahkan. 
  • kelihatan lebih kemas berbanding bekas aquarium kaca/plastik.
  • lebih mudah memasang aksesori seperti roda, botol air, rumah.
kekurangan (-ve)
  • hamster suka mengigit sangkar. lama kelamaan sangkar kan menjadi karat.
  • anak hamster mungkin boleh melepaskan diri melalui ruang-ruang sangkar. terutamanya anak hamster roborovski kerana hamster jenis ini bersaiz kecil.
  • bedding mudah terkeluar dan berterabur.
  • sesetengah harga sangkar hamster adalah mahal. terutamanya yang separuh plastik separuh sangkar. biasanya sangkar ini mempunyai tiub-tiub yang menarik. ada juga bertingkat-tingkat.
  • aksesori cepat kotor dan perlu dicuci selalu. ini kerana hamster gemar membuang najis di aksesori seperti roda hamster, tangga, rumah dan tiub. tidak memcuci aksesori akan menyebabkan hamster anda menjadi kotor.
  • lebih sukar untuk mengambil gambar hamster kerana pintu sangkar adalah kecil. jika anda ingin mengambil gambar hamster anda tidur, anda mungkin akan terbangunkan hamster anda ketika membuka pintu.
  • lebih sukar memberi makan dengan tangan (hand feeding) kepada hamster anda.
nak tengok gambar sangkar hamster saya?
sangkar hamster
sangkar hamster

sangkar hamster yang mahal. bertingkat dan mempunyai tiub
gambar hamster comel =)

ini adalah pendapat saya sahaja. jika anda mempunyai pendapat tentang sangkar hamster bolehlah dikongsi bersama =) 

12 ulasan:

  1. sy ada bela tupai n sgt2 agresif... tmpat tinggalnye pn lbeh kurg mcm hamster jgk...

    BalasPadam
  2. @aDda boleh juga bela tupai dalam sangkar hamster...agresif tu kena la jinakan

    BalasPadam
  3. sy baru nk blaja bela hamster...mana nk cari sangkar besar yg byk acessori ni???

    BalasPadam
  4. @miss caspercari kat pet shop berhampiran dgn anda...survey la dulu kedai2 yang jual sangkar hamster yg murah...
    =)

    BalasPadam
  5. saiz sangkar yg manakah sesuai dgn jenis winter white

    BalasPadam
    Balasan
    1. saiz sederhana kerana winter white agak besar apabila dewasa,
      bergantung kepada bilangan hamster juga,
      lebih bilangan hamster lebih besar sangkar diperlukan
      pasti kan hamster selesa dgn saiz sangkar

      Padam
    2. barapa harga sangkar ni dan dimana awak beli?

      Padam
    3. tak ingat.. lebih kurang rm70 rasa nya. beli di pet shop

      Padam
  6. Sy da cri bnyak tempat susah betol nk cri...bole sy thu yg 3tingkat 2 beli mane

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat pet shop banyak...ade je...cube cari...
      tempat-tempat selain pet shop mcm tesco, carefour pun ade jual sangkar...tapi lebih baik cari kat pet shop dulu

      Padam
  7. salam, nak tanya, tau tak kat mana boleh dapat sangkar murah? saya tinggal di saujana utama, sungai buloh, tapi kalau area shah alam atau petaling jaya pun boleh jugak..saya student, jadi income tak banyak..setakat ni saya ada 5 hamster syrian dewasa dan 11 anak..dan dalam masa akan datang mungkin bilangan anak akan bertambah..hu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena beli sangkar besar kalau bela hamster syrian. sorry, saya tak tahu kat mana yang murah

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut